Themes


(6 themes)
 

Kesihatan Dalam Media : Kelantan Negeri Tertinggi Catat Peningkatan Kes Denggi Dengan 14 Kes Sehari

Posted by webmaster on 19 Aug 2010 07:53:07am (287 reads)

KOTA BHARU, 18 Ogos (Bernama.com.my) -- Kes demam denggi di Kelantan amat membimbangkan apabila purata tujuh kes yang dilaporkan berlaku setiap hari sebelum ini, meningkat sekali ganda kepada 14 kes sehari.

Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias berkata peningkatan ketara itu menjadikan sebanyak 1,533 kes demam denggi dicatatkan dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini berbanding 706 kes dalam tempoh yang sama tahun lalu.

"Peningkatan sebanyak 88 peratus itu adalah tertinggi dan ketara berbanding negeri lain, sebelum ini sebanyak tujuh kes direkodkan sehari tetapi akhir-akhir ini ia meningkat kepada 14 kes sehari," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bantuan dan Bencana di sini, Rabu.

Sambil menyuarakan kebimbangan terhadap senario itu, katanya beliau tidak menolak kemungkinan terdapat banyak lagi kes yang berlaku tetapi tidak dianalisis oleh hospital.

"Ini amat membimbangkan kerana jumlah tersebut tidak termasuk kes-kes yang enggan didiagnos oleh pihak hospital," katanya.

Mohd Aiseri berkata lebih membimbangkan apabila sebanyak enam kes kematian dicatatkan setakat tahun ini berbanding hanya satu kematian dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Mengikut rekod katanya, daerah Pasir Mas mencatatkan bilangan kematian tertinggi iaitu empat kematian diikuti Kota Baharu, sebanyak dua kematian.

Beliau berkata penjagaan kebersihan kawasan persekitaran termasuk pejabat dan tempat tinggal sangat kurang diberi perhatian yang menjadikan ini punca nyamuk aedes membiak yang menyebabkan demam denggi.

Printer Friendly Page Send this Story to a Friend Create a PDF from the article
 

Sila masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan yang sah.