Warna Tema Laman


(10 themes)
 
 

Perutusan

 
 

TPKN

 
 

Profail Jabatan

 
 

Bahagian

 
 

Direktori

 
 

Kaunter Pelawat

Today : 296296296
Yesterday : 356356356
Total : 1025237102523710252371025237102523710252371025237
 
 

Tarikh Kemaskini

18 JUN 2017

 

CAPAIAN

KKMMyGovSPASPATPMSPKMyhealthKenali Ubat Andafarmasi kkmfarmasi kelantanBhg Keselamatan dan Kualiti Makanan KKM

Aplikasi untuk eperolehanMyprocurementeBiddingpemudahSH

HRMISPTKJPAPTKKKMmycpdGajiMedPCH1N1fosimemasaGPISVLDoktoreMeNeNeNeNSistem Pemantauan Aduan Agensi Awam

Author : webmaster
Article ID : 41
Audience : Default
Version 1.00.01
Published Date: 2017/3/19 23:50:00
Reads : 363

Soalan Sering Ditanya Tentang Selesema Burung (H5N1)


Penyakit selesema burung jenis H5N1 telah dikesan di beberapa jajahan di Kelantan. Virus H5N1 ini mula dikesan di Kg Pulau Tebu, Tunjung, Kota Bharu daripada sampel yang diambil pada 28 Februari 2017 selepas ayam kampong yang dipelihara didapati mati dengan banyak.

Sehingga 18 Mac 2017, sebanyak 28 lokasi telah disahkan positif virus H5N1 di enam (6) jajahan iaitu, Kota Bharu (14 lokasi), Pasir Mas (6), Tumpat (3),Tanah Merah (1), Bachok (1) dan Pasir Puteh (3) yang melibatkan 43 premis. Jumlah pelupusan adalah 31,353 ekor unggas dan 12,267 biji telur. Sebanyak 3,012 sampel telah di ambil dari 502 pemilik unggas sepanjang aktiviti pemantauan (survelan).

Sehingga kini, TIADA kes Avian Influenza A (H5N1) yang dikesan atau dilaporkan di kalangan manusia samada di negeri Kelantan mahupun di Malaysia umumnya.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia dan Negeri Kelantan bersama agensi-agensi lain termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Polis DiRaja Malaysia, RELA, APM, JPS, JKR dan Pejabat Daerah sedang berusaha keras bagi memastikan kawalan dan pencegahan dapat dijalankan dengan seoptima mungkin bagi mencegah penularan jangkitan dari unggas kepada manusia.

Namun begitu, terdapat maklumat tidak tepat berkaitan isu selesema burung di kalangan unggas ini yang disiarkan di media sosial yang boleh mengakibatkan salah faham dan kekeliruan kepada masyarakat di dalam dan di luar negara. Ada pihak yang memberikan info-info tidak sahih sehingga boleh menimbulkan situasi panik kepada penduduk Kelantan secara khusus dan rakyat Malaysia umumnya.

Berikut adalah soalan-soalan yang sering ditanya oleh orang awam berkaitan penyakit Influenza A (H5N1) dan kejadian penyakit Avian Influenza (H5N1) yang sedang berlaku di kalangan unggas di negeri Kelantan.


Soalan Sering Ditanyakan tentang Avian influenza A (H5N1)


1. Soalan:
Apa itu influenza A (H5N1)?

Jawapan:
Influenza A (H5N1) adalah sejenis virus influenza (influenza mempunyai lebih 168 jenis) yang sangat mudah berjangkit, menyebabkan penyakit pernafasan di kalangan unggas dan dikenali sebagai Avian Influenza (Selesema Burung). Avian Influenza A (H5N1) sangat jarang berlaku di kalangan manusia dan proses transmisi (penyebaran) jangkitan dari manusia ke manusia juga sukar untuk berlaku. Namun, apabila manusia dijangkiti, kadar kematian dianggarkan sekitar 60% atau jika 10 orang manusia dijangkiti maka 6 orang akan maut.



2. Soalan:
Bagaimana penyakit influenza H5N1 disebarkan kepada manusia?

Jawapan:
Virus influenza didapati didalam cecair/lelehan mata, hidung dan mulut dan najis unggas yang dijangkiti.

Kebanyakan kes jangkitan influenza H5N1 kepada manusia dikaitkan hubungan rapat dengan unggas yang dijangkiti atau unggas mati dan persekitaran yang tercemar dengan virus influenza H5N1. Virus ini tidak menjangkiti manusia dengan mudah dan jangkitan dari manusia kepada manusia adalah sangat jarang. Tiada bukti bahawa penyakit ini berjangkit melalui makanan yang dimasak.

Sebaran melalui;
- Kontak secara terus dengan unggas (ayam, itik dan burung) yang berpenyakit serta hasilannya.
- Najis dari unggas berpenyakit



3. Soalan:
Mengapa perlu mengambil berat tentang influenza A (H5N1)?

Jawapan:
Jangkitan Avian influenza A (H5N1) dalam kalangan manusia boleh menyebabkan kesan yang teruk dan mengakibatkan kadar kematian yang tinggi.

Jika virus influenza A (H5N1) berubah secara genetik dan memudahkan jangkitan sesama manusia seterusnya masih mengekalkan kapasiti untuk mengakibatkan kesan penyakit yang teruk; impaknya kepada kesihatan awam amatlah buruk.



4. Soalan:
Kenapa virus Avian influenza A(H5N1) boleh berubah?

Jawapan:
Virus influenza H5N1 secara berkala boleh mengalami perubahan genetik. Maka, perhatian penuh perlu diberikan seandainya jangkitan sesama manusia menjadi lebih mudah.



5. Soalan:
Apakah tanda-tanda gejala Avian influenza A(H5N1) di kalangan manusia?

Jawapan:
Gejala influenza A(H5N1) ialah demam (biasanya demam panas melebihi 38°C), letih, batuk, sakit tekak dan sakit otot. Gejala awal yang lain ialah sakit perut, sakit dada,dan cirit birit. Penyakit ini boleh menjadi penyakit pernafasan yang teruk seperti kesukaran bernafas, pneumonia dan mengganggu paras kesedaran/ sawan.



6. Soalan:
Jika saya mempunyai tanda-tanda dan gejala setelah berkunjung ke kawasan yang telah didapati positif H5N1, apa yang perlu saya lakukan?

Jawapan:
Anda perlu mendapatkan rawatan di hospital atau di klinik kesihatan yang berhampiran dengan kadar segera.



7. Soalan:
Adakah selamat untuk makan ayam dan burung liar?

Jawapan:
Ya, adalah selamat untuk makan ayam yang telah dimasak. Virus ini sangat sensitif apabila dipanaskan. Suhu yang digunakan untuk memasak (melebihi 70°C) akan membunuh virus ini. Bagi mengelakkan jangkitan dari ayam dan burung liar yang tercemar, penyediaan makanan mestilah dengan menggunakan amalan keselamatan makanan dan makanan dimasak dengan sempurna.

Sehingga kini, kebanyakan jangkitan virus influenza A(H5N1) di kalangan manusia dikaitkan dengan kontak secara langsung unggas yang terjangkit ketika pengendalian unggas dilakukan. Amalan sebegini merupakan faktor risiko tertinggi untuk berlakunya jangkitan di kalangan manusia.



8. Soalan:
Langkah-langkah pencegahan untuk orang awam

Jawapan:
i. Orang awam dinasihatkan agar melapor atau memaklumkan segera kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar yang berhampiran sekiranya mendapati sebarang perubahan luarbiasa serta kematian yang tinggi pada unggas mereka. Tidak mendekati/menguruskan bangkai ayam mati khususnya di kawasan wabak. Sebaliknya hendaklah memaklumkan segera sekiranya terdapat unggas/ayam yang mati/sakit.
ii. Segera mendapat rawatan di fasiliti kesihatan jika mengalami gejala dan terdedah kepada ayam/unggas mati yang disahkan positif atau kejadian unggas mati yang luar biasa.
iii. Amalkan tabiat membasuh tangan dengan air yang bersih dan menggunakan sabun.



9. Soalan:
Bagaimanakah pengendalian ayam yang selamat semasa proses memasak?

Jawapan:
a) Pastikan daging ayam adalah segar di mana:
i. Tidak berlendir
ii. Tidak berubah warna (lebam atau kehijauan)
iii. Tidak berbau busuk
iv. Kulit ayam cerah dan segar
v. Isi adalah pejal dan anjal
vi. Jika ayam beku, pastikan ianya masih berkeadaan keras dan beku semasa membeli

b) Langkah berikut boleh diambil ketika penyediaan:
i. Proses pencucian menggunakan air yang bersih.
ii. Mengelakkan pemprosesan ayam mentah bersentuhan dengan lantai.
iii. Memastikan tiada sisa-sisa najis yang terlekat di daging dan juga peralatan memasak.
iv. Mengamalkan kaedah mencuci tangan dengan air bersih sebelum dan selepas mengendalikan ayam.
v. Menggunakan peralatan yang bersih dan berbeza bagi mengendalikan ayam mentah dan ayam masak.



10. Soalan:
Saya bekerja sebagai pengendali di pusat pemprosesan dan penjualan ayam. Apakah langkah-langkah yang perlu saya ambil untuk mengelakkan daripada dijangkiti?

Jawapan:
i. Pemilihan ayam yang sihat dan dari sumber yang dipercayai bukan daripada kawasan yang positif influenza A(H5N1).
ii. Penggunaan alat perlindungan diri yang sempurna seperti apron, sarung tangan dan kasut but kalis air serta penutup mulut dan hidung.
iii. Proses pencucian ayam perlu menggunakan air bersih.
iv. Melupus sisa ayam selepas proses dengan sempurna.
v. Membersihkan dan melaksanakan proses nyah kuman premis penyembelihan dan penjualan ayam dengan menggunakan air panas atau alat basmi kuman.
vi. Cuci tangan dengan sabun apabila selesai mengendalikan ayam.



11. Soalan:
Bagaimana influenza A(H5N1) dirawat?

Jawapan:
Dalam kebanyakan kes, influenza A(H5N1) di kalangan manusia akan menjadi penyakit yang teruk dan memerlukan rawatan lanjut di hospital. Ubat antiviral, Osetalmivir/Tamiflu boleh mengurangkan risiko kes menjadi teruk dan mencegah kematian.



12. Soalan:
Apakah vaksin berupaya untuk menghalang daripada jangkitan Avian Influenza A (H5N1)?

Jawapan:
Vaksin Influenza H5N1 sedang dihasilkan dan masih dalam proses uji kaji.



13. Soalan:
Adakah influenza yang berlaku di Perak dan Selangor ialah influenza yang sama (H5N1)?

Jawapan:
Influenza yang berlaku di Perak dan Selangor adalah influenza bermusim dan bukannya influenza A(H5N1). Influenza bermusim adalah influenza yang sering berlaku dalam kalangan kita dan tidak berasal daripada ayam/unggas.



14. Soalan:
Adakah vaksin selsema bermusim boleh memberi perlindungan daripada virus influenza A (H5N1)?

Jawapan:
Vaksin influenza bermusim tidak memberi perlindungan kepada jangkitan influenza A (H5N1).



15. Soalan:
Ayam peliharaan saya mati dengan tiba-tiba, apakah yang perlu saya lakukan?

Jawapan :
Anda diminta melaporkan kematian ayam tersebut kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar yang berhampiran dan jangan menyentuh ayam tersebut.



16. Soalan:
Apakah tindakan WHO terhadap kejadian influenza H5N1?

Jawapan:
WHO telah bekerjasama dengan negara-negara yang terbabit untuk mengesan dan menguruskan kes-kes jangkitan influenza A(H5N1) dalam kalangan manusia apabila ianya berlaku. WHO turut bekerjasama dengan pelbagai agensi dan institusi kesihatan termasuklah World Organisation for Animal Health (OIE) dan Food and Agriculutre Organisation of United Nations (FAO), bagi mengawal dan menghalang penularan jangkitan bawaan haiwan ini.

17. Soalan: Adakah keramaian atau majlis boleh diadakan dikawasan/lokaliti/rumah yang mana ayam dikesan positif H5N1? Sekiranya tiada halangan apakah nasihat Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (DVS) dari segi pemilihan ayam untuk dimakan/kenduri?

Jawapan Tiada sebarang halangan untuk mengadakan majlis di kawasan jangkitan. Pemilihan ayam boleh diperolehi daripada pasar yang menjual ayam pedaging kerana sumber ayam datang daripada luar negeri Kelantan (70%) dan selebihnya (30%) dari ladang komersil negeri Kelantan yang berada di luar kawasan jangkitan.



18. Soalan:
Adakah ayam yang terdapat/dijual di pasar selamat untuk dimakan?

Jawapan:
Sebanyak 70% ayam yang disembelih di pasar Negeri Kelantan diperolehi dari sumber ladang ternakan komersil luar Negeri Kelantan dan selebihnya (30%) daripada ladang luar kawasan jangkitan. Kebanyakan ladang-ladang ini mempunyai pensijilan MyGAP dan tahap biosekuriti ladang yang baik. Oleh yang demikian, daging ayam yang dijual di pasar-pasar adalah selamat untuk dimakan.



19. Soalan:
Bolehkah saya menghadiri majlis kenduri di kawasan yang telah didapati positif influenza A (H5N1) atau melawat kawasan tersebut?

Jawapan:
Setakat ini, tiada larangan atau sekatan kepada orang awam daripada menghadiri majlis kenduri/melawat di kawasan yang positif kawasan influenza A (H5N1).



CPRC
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
19 MAC 2017



Sumber maklumat:
1. Dokumen World Health Organisation (WHO)
2. Kementerian Kesihatan Malaysia
3. Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Malaysia

0
Printer Friendly Page Send this Article to a Friend
 

Pilihan Bahasa

Penafian Bahasa

 
 
 

Emel Rasmi

 
 

Pengguna Mobil

  Imbas QR code ini menggunakan aplikasi pengimbas dalam telefon bimbit pintar anda.
 
 

Pautan JKNK

Facebook Rasmi JKN Kelantan Facebook KKM RSSTwitter KKMInstagram KKM Youtube

 
 

Pautan NKWeb

 
 

Muat Turun

Muat Turun Dokumen Muat Turun Penerbitan Muat Turun Borang Muat Turun Audio Muat Turun Video Muat Turun Perisian

 
 

Carian