Bahagian Farmasi

Date 2010/12/11 12:30:00 | Topic: Umum

Bahagian Farmasi


Pendahuluan

Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan adalah bertanggungjawab menyelaras Aktiviti Perkhidmatan Farmasi Ibu Pejabat (Pengurusan, Amalan & Perkembangan dan Penguatkuasaan) serta  Aktiviti Farmasi Hospital dan Kesihatan seluruh Negeri Kelantan. Bahagian ini beroperasi di Lot 125-128, Taman Maktab, Pengkalan Chepa, 16100 Kota Bharu, Kelantan.

Objektif

Memastikan semua penggunaan ubat-ubatan dan perkhidmatan Farmasi yang diberikan adalah berkualiti, kos efektif dan selamat serta menguatkuasakan undang-undang dengan adil, cekap dan berkesan dalam mengawal pengendalian dan penggunaan ubat-ubatan, keluaran farmaseutikal, kosmetik dan bahan-bahan kimia terkawal di pasaran.

 

 

Capaian ke laman web Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri Kelantan:

http://farmasiklt.moh.gov.my/





This article comes from Laman Web Rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan
https://jknkelantan.moh.gov.my/v3

The URL for this article is:
https://jknkelantan.moh.gov.my/v3/modules/AMS/article.php?storyid=17