Piagam Pelanggan

Date 2010/11/25 0:44:38 | Topic: Umum

Piagam Pelanggan Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan


Piagam ini ditujukan khas kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan.

KEMUDAHAN UNTUK PELANGGAN

  • Setiap pelanggan boleh mendapat perkhidmatan yang sewajarnya daripada   jabatan ini tanpa mengira umur, jantina, keturunan, agama atau taraf sosial-ekonomi.
  • Setiap pelanggan yang ditakrifkan sebagai dalam keadaan kecemasan akan diberi perkhidmatan dengan segera.

TARAF PERKHIDMATAN

  • Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbangrasa,
    hormat, bersopan santun, jujur dan ikhlas.
  • Setiap pelanggan akan diberi perkhidmatan sebaik mungkin secara
    profesional.
  • Setiap pelanggan akan disediakan dengan kemudahan dan persekitaran
    yang bersih dan sempurna.

MAKLUMAT PERKHIDMATAN

  • Setiap pelanggan boleh mendapat penjelasan dan nasihat mengenai
    perkhidmatan yang diberikan kepadanya.
  • Setiap pelanggan boleh mendapat laporan mengenai perkhidmatan yang
    diterimanya secepat mungkin setelah membuat permohonan mengikut
    peraturan yang ditetapkan.

PENDIDIKAN KESIHATAN

  • Setiap pelanggan akan diberikan maklumat mengenai aspek-aspek penting
    dari segi rawatan kesihatan dan pencegahan penyakit.

 

KEWAJIPAN PELANGGAN

Untuk membolehkan Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan melaksanakan Piagam ini dengan berkesan, pelanggan adalah berkewajipan untuk:

  • Mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan
  • Menjaga kesihatan dirinya dan masyarakat dengan mengamalkan cara
    hidup yang sihat , dan
  • Menggunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan secara
    bertanggungjawab




This article comes from Laman Web Rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan
https://jknkelantan.moh.gov.my/v3

The URL for this article is:
https://jknkelantan.moh.gov.my/v3/modules/AMS/article.php?storyid=6