Perutusan Pengarah

Date 2011/10/22 17:00:00 | Topic: Umum

Perutusan Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan 


Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera. 


Syukur ke hadirat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dan keberkatan-Nya maka, laman web rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) ini dibangunkan dan digunakan sejak tahun 2006. Laman web ini merupakan salah satu kaedah JKNK dalam meningkatkan kualiti dan mutu perkhidmatannya kepada orang ramai selaras dengan usaha kerajaan untuk meningkatkan mutu ICT di Malaysia. Ia juga merupakan suatu gerbang bagi komunikasi dua hala antara orang ramai dan JKNK bagi sebarang aduan, maklumbalas dan cadangan yang berkaitan kesihatan di negeri Kelantan khususnya.


Menerusi laman web ini, orang ramai berpeluang untuk mengetahui banyak maklumat dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan. Selaras dengan visi JKNK iaitu untuk menjadikan negeri Kelantan sebagai sebuah negeri yang terdiri daripada individu, keluarga dan masyarakat yang sihat melalui sistem kesihatan yang adil dan saksama, cekap, mampu disediakan dan diperolehi, berteknologi sesuai, mesra pelanggan dan bersesuaian dengan persekitaran. Semoga orang ramai dapat membantu warga JKNK bersama-sama mengembleng tenaga dalam usaha untuk merealisasikan visi ini.


Akhir kata, semoga dengan adanya laman web ini dapat memberi banyak manfaat kepada orang ramai.


Selamat melayari laman web JKNK.


Sekian. Wassalam.  





This article comes from Laman Web Rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan
http://jknkelantan.moh.gov.my/v3

The URL for this article is:
http://jknkelantan.moh.gov.my/v3/modules/AMS/article.php?storyid=9