JABATAN PERUBATAN DALAMAN
PENGENALANHospital Tengku Anis, Pasir Puteh menawarkan perkhidmatan rawatan pesakit dalam dan pesakit luar. Hospital ini juga merupakan pusat rujukan bagi kes-kes dari klinik dalam daerah Pasir Puteh. Pelbagai bidang kepakaran terdapat di hospital ini dan mampu memberi rawatan yang sempurna kepada para pesakit. Salah satu perkhidmatan yang ditawarkan ialah Perubatan Dalaman yang merangkumi bidang Kardiologi, Respiratori, Nefrologi, Neurologi, Penyakit Berjangkit, Gastroenterologi, Dermatologi, Rheumatologi, Endokrinologi, Haematologi, Paliatif dan Geriatrik. |
VISIHospital Tengku Anis, Pasir Puteh menjadi pusat rawatan yang progresif dan menawarkan perkhidmatan perubatan dalaman yang berkualiti tinggi dan mesra pelanggan. |
MISIMemberi perkhidmatan perubatan dalaman berkualiti secara professional, penyayang dan penuh keprihatinan agar dapat mempertingkatakn taraf kesihatan dan kualiti hidup masyarakat |
OBJEKTIF UNITMemberikan perkhidmatan perubatan dalaman yang berkualiti dan selamat Memberikan konsultasi dan rawatan kepada pesakit serta mendapatkan input daripada pakar-pakar perubatan sekiranya perlu. Memberikan rawatan rapi dan resusitasi yang efektif dan cekap untuk menstabilkan pesakit agar penyakit yang dihadapi tidak membawa komplikasi |
PERKHIDMATAN YANG DITAWARKANHospital Tengku Anis, Pasir Puteh amat mengutamakan perkhidmatan yang berkualiti tinggi agar keperluan dan kepuasan pelanggan tercapai. Ini dipastikan melalui semangat kerja berpasukan,profesionalisme, prihatin dan inovasi yang diamalkan oleh anggota di hospital ini. Menawarkan perkhidmatan kepakaran perubatan dalaman seperti Kardiologi, Respiratori, Nefrologi, Neurologi, Penyakit Berjangkit, Gastroenterologi, Dermatologi, Rheumatologi, Endokrinologi, Haematologi, Paliatif dan Geriatrik. Memberi rawatan ke atas kes-kes rujukan dari Klinik Swasta, Jabatan Pesakit Luar dan Klinik-klinik Kesihatan di Daerah Pasir Puteh. Bertanggungjawab terhadap pengendalian ke atas semua pesakit perubatan dalaman di Klinik Pesakit Luar, Klinik Pakar dan Wad Lelaki/Perempuan di Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh. Mengendalikan prosedur-prosedur perubatan tertentu seperti :
Memberi perkhidmatan perubatan dalaman ke atas semua pesakit yang masuk ke wad-wad seperti berikut
|
WAKTU OPERASI DAN NO. UNTUK DIHUBUNGI (General Line) :
|