PENGENALAN
Unit CSSS atau lebih dikenali dengan CSSU yang bermaksud Pusat Perkhidmatan Bekalan Steril adalah satu unit yang dipertanggungjawabkan menjadi satu-satunya tempat untuk memproses peralatan steril kepada semua unit, wad, klinik dan dewan bedah di Hospital Tengku Anis termasuklah klinik-klinik kesihatan yang berdekatan.
Keutamaan fungsi berkaitan dengan proses dekontaminasi, pembersihan, pembungkusan, pensterilan, penyimpanan dan pengedaran produk steril. Unit ini memastikan pegurusan yang selamat kepada perkhidmatan dekontaminasi dalam penjagaan kesihatan melalui sistem yang cekap, berkesan dan dipercayai. Ia merupakan nadi utama sesebuah hospital.
|