UNIT CARA KERJA

PENGENALAN

Unit Terapi Cara Kerja terletak di dalam bangunan pengurusan dan sumber di blok bersebelahan dengan Dewan Ibnu Sina dan Bilik Kualiti serta berhadapan Taman Rekreasi dan Kesihatan Hospital Tengku Anis. Unit Terapi Cara Kerja telah memulakan operasinya pada bulan Disember 2008 dengan seorang sahaja Jurupulih Perubatan Cara Kerja U29 yang bertugas. Perkhidmatan Pemulihan Cara Kerja ialah merupakan satu bidang penjagaan kesihatan kepada pesakit di semua peringkat umur yang menghadapi masalah dalam melakukan aktiviti kehidupan seharian mereka merangkumi mental dan fizikal, ADL, pekerjaan, kognitif dan aktiviti masa lapang ( leisure ).


Perawatan yang diberikan adalah melalui aktiviti-aktiviti tertentu yang mempunyai nilai teraputik yang bersesuaian dan terpilih. Tujuan utama perawatan adalah untuk membantu pesakit mencapai tahap keberdikarian yang optimum dalam semua aspek kehidupan seharian termasuk aspek penjagaan diri,pekerjaan, permainan, rekreasi dan riadah. Polisi dan prosedur ini adalah berfungsi untuk memberi panduan secara menyeluruh dari segi mengurus tadbir Perkhidmatan Pemulihan Cara Kerja dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan. 

VISI

Perkhidmatan Pemulihan Cara Kerja yang berterusan dan berkualiti hendaklah diberikan kepada semua klien oleh kumpulan kakitangan yang profesional.

MISI

Unit ini hendaklah memberikan Perkhidmatan Pemulihan Cara Kerja yang berterusan dan berkualiti kepada semua klien yang dirujuk di Hospital Tengku Anis. Setiap klien akan dirawat menggunakan teknik-teknik yang terkini dengan teknologi yang ada didalam persekitaran yang selamat. Maruah dan kerahsiaan klien adalah keutamaan kami dalam memberikan perkhidmatan yang professional, penyayang dan bekerja secara berkumpulan. 

OBJEKTIF UNIT

  1. Menyediakan perkhidmatan Terapi Cara Kerja yang efisyen dan berkesan kepada pelanggan.
  2. Memantapkan kemahiran dan pengetahuan anggota agar perkhidmatan yang disampaikan lebih efisyen dan berkesan.
  3. Memastikan tiada insiden pesakit jatuh sepanjang sesi intervensi berjalan.
  4. Memastikan peralatan rawatan sentiasa sedia berfungsi dan selamat digunakan.

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

Perkhidmatan Terapi Cara Kerja disediakan untuk Pesakit Dalam dan
Pesakit Luar. Perkhidmatan yang diberikan seperti yang disenaraikan:-

  • Ortopedik
  • Psikiatri dan kesihatan mental
  • Pediatrik
  • Perubatan Am
  • Neurologi
  • Pembedahan Am
  • Neurosurgery
  • Plastic and Reconstructive
  • Kardiak

WAKTU OPERASI DAN NO. UNTUK DIHUBUNGI  (General Line) :