UNIT FISIOTERAPI

PENGENALAN

Polisi ini memberi panduan secara menyeluruh dari segi mengurus tadbir perkhidmatan Fisioterapi dalam sistem penjagaan kesihatan pesakit. Polisi ini dapat menyumbang ke arah penambahbaikan kualiti dan produktiviti perkhidmatan seterusnya merealisasikan visi dan misi Jabatan Rehabilitasi serta Hospital Tengku Anis. Polisi ini menjadi garis panduan kepada Pegawai Pemulihan Perubatan Fisioterapi dan Jurupulih Perubatan Fisioterapi.

Perkhidmatan Fisioterapi di Hospital Tengku Anis memberikan khidmat klinikal dengan menggunakan kaedah curative, rehabilitative, promotive and preventive untuk membantu perawatan pesakit yang mengalami penyakit yang melibatkan anggota badan.Pegawai Pemulihan Perubatan Fisioterapi /Jurupulih Perubatan Fisioterapi berperanan sebagai pemberi khidmat utama perkhidmatan ini. Untuk penjagaan pesakit secara curative dan rehabilitative, prosedur yang digunapakai terdiri dari proses menilai serta menganalisa pergerakan, struktur dan fungsi anggota badan,mengenal pasti ketidakupayaan, membuat perancangan,melakukan perawatan dan menilai semula keadaan pesakit. Manakala bagi aspek promosi kesihatan dan preventive, kaedah pendidikan kesihatan digunakan. 

VISI

Menyampaikan Perkhidmatan Fisioterapi yang cemerlang, berteknologi tinggi dan menepati keperluan segenap lapisan masyarakat ke arah meningkatkan kualiti hidup.

MISI

Ahli Fisioterapi komited menyediakan Perkhidmatan Fisioterapi yang berkualiti, cekap, berkesan dan cost - effective serta prihatin kepada semua pelanggan berteraskan pada budaya korporat. Selain itu, untuk melahirkan tenaga kerja profesional melalui pendidikan berterusan bagi menggalakkan amalan berasaskan bukti (evidence-based practice) dan berdasarkan piawaian kebangsaan / antarabangsa dengan :

  1. Menggalakkan penglibatan masyarakat di dalam penjagaan kesihatan individu dan komuniti. 
  2. Mewujudkan suasana dan mekanisma untuk mengukuhkan kolaborasi pelbagai sektor, agensi kerajaan, dan bukan kerajaan untuk mencapai visi dan misi Kementerian Kesihatan Malaysia.

OBJEKTIF UNIT

  1. Menyediakan perkhidmatan Fisioterapi yang efisyen dan berkesan kepada pelanggan.
  2. Memberikan Perkhidmatan Fisioterapi yang selamat kepada pelanggan.

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

Perkhidmatan yang ditawarkan oleh Ahli Fisioterapi adalah seperti disenaraikan di bawah. Namun begitu, tidak semestinya semua produk ini ditawarkan oleh setiap jabatan/ unit. Perkhidmatan yang ditawarkan bergantung kepada:

  1. Fungsi utama (promotive, preventive, curative atau rehabilitative).
  2. Sasaran pelanggan (pesakit dan pelanggan dalaman) dan keperluan mereka.
  3. Kewujudan fasiliti dan peralatan yang sesuai.
  4. Kemampuan tenaga kerja (bilangan dan kepakaran petugas)

Perkhidmatan Teras: 

    1. Fisioterapi Muskuloskeletal 
    2. Fisioterapi Respiratori
    3. Fisioterapi Neurologi (Dewasa) 
    4. Fisioterapi Neurologi (Pediatrik) 
    5. Fisioterapi Geriatrik 
    6. Fisioterapi Kecederaan Sukan
    7. Fisioterapi Inkontinen Urinar

Perkhidmatan Pengkhususan:

  1. Fisioterapi Haemofilia 
  2. Fisioterapi Paliatif 
  3. Fisioterapi Fototerapi 
  4. Fisioterapi Burn & Reconstructive Surgery

WAKTU OPERASI DAN NO. UNTUK DIHUBUNGI  (General Line) :

  • 8.00 am – 5.00 pm

  • Talian Utama : 09-784 3333