UNIT HAEMODIALISIS
PENGENALANHTA terletak lebih kurang 2km dari pusat Bandar Pasir Puteh iaitu tepi jalan utama Kota Bharu –Pasir Puteh. Mula beroperasi pada 18 April 2004 dengan jumlah pesakit menerima rawatan pada masa itu seramai 4 orang. Pada peringkat awal unit ini dilengkapi dengan 4 unit mesin hemodialisis, 1set Reverse Osmosis ( R/O ), 2 unit mesin “reuse dialiser” pencuci dialyzer dan lain-lain kelengkapan serta peralatan untuk melakukan dialisis bagi pesakit sekitar Pasir Puteh dan sebahagian daerah Bachok. Kini Unit ini telah beroperasi dengan 15 mesin hemodialysis, 2 set Reverse Osmosis (R/O) dan 4 unit mesin “reuse dialiser” pencuci dialyzer serta lain – lain peralatan sokongan untuk perkhidmatan dialisis. |
VISIUnit Hemodialisis Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh akan menjadi sebuah pusat rawatan dialisis Kementerian Kesihatan Malaysia yang terbaik dengan rawatan terkini dan efisyen agar pesakit dapat meneruskan kehidupan yang normal dan produktif. |
MISIMemberi perkhidmatan rawatan dialisis secara professional, efisyen dan beretika bagi memastikan pesakit yang menjalani rawatan hemodialysis dapat menjalani kehidupan seharian dengan sempurna. |
OBJEKTIF UNITBagi memberi perkhidmatan dialisis kepada pesakit kegagalan buah pinggang (ESRF) yang berkualiti dan mencukupi disamping memberi keselesaan dan mengurangkan komplikasi semasa rawatan. Dengan harapan pesakit dapat menikmati kehidupan yang sihat dan berkualiti selepas rawatan.
|
PERKHIDMATAN YANG DITAWARKANUnit Hemodialisis memberi perkhidmatan dalam bentuk perawatan hemodialisis kepada Pesakit End Stage Renal Failure yang memilih kaedah rawatan hemodialisis. |
WAKTU OPERASI DAN NO. UNTUK DIHUBUNGI (General Line) :
|