PENGENALAN
Jawatankuasa Kawalan Infeksi Hospital Tengku Anis memainkan peranan sebagai satu unit kawalan yang berfungsi secara klinikal dalam menyelia, memantau dan mengawal amalan kawalan infeksi dalam mengekalkan persekitaran yang selamat untuk pesakit dan petugas kesihatan di Hospital Tengku Anis. Ia juga menjadi pusat rujukan dan pembelajaran utama kepada semua anggota Hospital Tengku Anis termasuk Radicare bagi meningkatkan kualiti pembersihan ke tahap maksima dan mengelakkan jangkitan nosocomial. Selain itu juga, unit ini juga yang menyelaraskan aktiviti hospital dalam pencegahan dan kawalan Healthcare Associated Infection (HCAI).
|