UNIT KEJURURAWATAN

PENGENALAN

Hospital Tengku Anis merupakan hospital tanpa pakar, yang beroperasi seperti hospital daerah-daerah lain dengan pelbagai aktiviti penyusunan dan perawatan pesakit. Kejururawatan merangkumi bidang perkhidmatan yang terbesar dan menawarkan perkhidmatan Kesihatan kepada individu, keluarga dan komuniti melalui sistem yang mempromosikan perkhidmatan Kesihatan berkualiti.

VISI

Sentiasa memberi perkhidmatan yang efisyen, cekap dan berkualiti terhadap semua klien.

MISI

Menjadikan sebuah unit yang sentiasa memberi perkhidmatan yang cemerlang dan professional , tidak ketinggalan juga dengan pengamalan nilai-nilai murni dan etika kerja berpasukan oleh kakitangan kejururawatan khususnya.

OBJEKTIF UNIT

Untuk menyediakan perkhidmatan perubatan dan kejururawatan yang berkualiti  prihatin dan peka kepada keperluan pesakit, keselamatan, latar belakang sosial dan agama mereka.

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

Unit Kejururawatan Hospital Tengku Anis menyediakan perkhidmatan penjagaan pesakit yang komprehensif dan profesional, berteraskan amalan kejururawatan berasaskan bukti demi menjamin keselamatan serta kesejahteraan pelanggan.

WAKTU OPERASI DAN NO. UNTUK DIHUBUNGI  (General Line) :

  • 24 jam

  • Talian Utama : 09-784 3333