UNTI KERJA SOSIAL PERUBATAN
PENGENALANBidang kerja sosial perubatan wujud sebagai satu perkhidmatan yang menguruskan fungsi psikososial individu, keluarga dan komuniti bagi membantu pesakit mencapai tahap kesihatan yang lebih baik. Praktis kerja sosial perubatan berasaskan kepada pengetahuan dalam bidang kerja sosial yang merangkumi aspek psikologi, antropologi dan sosiologi, perundangan sosial dan aspek kesihatan. Praktis kerja sosial perubatan merupakan aplikasi kerja sosial untuk menangani ketidakfungsian fizikal, sosial dan psikologi melalui kaedah kerja kes, kerja kumpulan dan kerja komuniti. Perkhidmatan diberikan dalam bentuk bantuan praktik dan terapi sokongan. Perkhidmatan Kerja Sosial Perubatan telah diwujudkan di Hospital Tengku Anis yang merupakan salah satu unit yang memberi perkhidmatan sokongan yang dikenali sebagai Unit Kerja Sosial Perubatan (UKSP) sejak tahun 2008. Sejak awal penubuhan hingga kini, unit ini terdiri daripada seorang Pegawai Kerja Sosial Perubatan (PKSP) S41/S9. Secara amnya , Perkhidmatan Kerja Sosial Perubatan menangani pelbagai isu biopsikososial yang melibatkan pendekatan multi-disiplin dalam mencapai objektif total patient care. Perkhidmatan yang disediakan adalah untuk memberi bantuan psikososial kepada pesakit semasa proses rawatan pemulihan kefungsian sosial agar pesakit menjadi lebih produktif, berdikari dan kembali kepada komuniti selaras dengan batas keupayaan mereka. Ianya juga bertujuan untuk membantu memperkasakan kefungsian sosial pesakit dan keluarga mereka bagi mencapai kemasalahatan hidup di dalam masyarakat seiring dengan kemampuan dan kewibawaan mereka secara optimum. |
VISIMemastikan keperluan psikososial pesakit, keluarga dan komuniti dipenuhi bagi mencapai kesihatan yang lebih baik. |
MISIMemberi khidmat psikososial yang cemerlang melalui bantuan praktik dan terapi sokongan |
OBJEKTIF UNIT1) Memberi perkhidmatan psikososial kepada pesakit semasa proses pencegahan, rawatan dan pemulihan. 2) Membantu memulihkan kefungsian sosial agar pesakit menjadi produktif, berdikari, dan dapat kembali kepada komuniti selaras dengan batas keupayaan mereka. 3) Meningkatkan keyakinan diri ke arah memperkasakan pesakit melalui khidmat terapi sokongan. |
PERKHIDMATAN YANG DITAWARKANPerkhidmatan Kerja Sosial Perubatan disediakan untuk pesakit luar dan pesakit dalam di hospital. Perkhidmatan ini merangkumi: Pengurusan Bantuan Praktik
Pengurusan Bantuan Terapi Sokongan
Bantuan praktik dan terapi sokongan diberikan kepada kes-kes berikut, antaranya:
|
WAKTU OPERASI DAN NO. UNTUK DIHUBUNGI (General Line) :
|
