UNIT OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI

PENGENALAN

Unit Obstetrik dan Ginekologi Hospital Tengku Anis telah memulakan operasi pada 1hb November 1993. Unit Obstetrik dan Ginekologi ini dibahagi kepada Wad Bersalin, Dewan Bersalin dan Patient Assessment Centre (PAC) yang memberi perkhidmatan obstetrik dan ginekologi (Maternity care). Di samping itu, unit ini adalah pendokong utama inisiatif Hospital Rakan Bayi.

VISI

Sentiasa memberikan perkhidmatan perubatan yang efisen, cekap dan berkualiti kepada pelanggan.

MISI

Menjadikan unit ini sebagai sebuah pasukan yang sentiasa memberikan perkhidmatan profesional, penyayang, cekap, mesra dan berwibawa kepada para ibu, bayi, keluarga, pelanggan serta komuniti dengan mengamalkan nilai-nilai murni dan budaya penyayang.

OBJEKTIF UNIT

  1. Memberikan perkhidmatan penjagaan pesakit obstetrik dan Ginekologi yang berkualiti dan memenuhi kehendak dan harapan pelanggan.
  2. Meningkatkan perkhidmatan klinikal untuk ibu bersalin di Hospital Tengku Anis.
  3. Mengekalkan status Hospital Rakan Bayi.

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

  1. Perkhidmatan pesakit dalam: Unit Obstetrik dan Ginekologi yang memberi perkhidmatan Antenatal, Postnatal, Gynae dan Dewan Bersalin.
  2. Perkhidmatan Patient Assesment Centre (PAC)
  3. Jagaan Postnatal (42 hari) selepas bersalin.
  4. Pengendalian kes Ginekologi seperti mengendalikan kes Abortion, Nausea and  vomitting in pregnancy (NVP) dan Meorrhagia.

WAKTU OPERASI DAN NO. UNTUK DIHUBUNGI  (General Line) :

  1. Waktu melawat
    1. Ahad – khamis: 12.30petang hingga 2 petang dan 5.00 petang hingga 7.00 petang
    2. Jumaat dan sabtu: 12.00 tengahari hingga 2.00 petang dan 4.00 petang hingga 7.00 petang
    3. Hari kelepasan Am: 12.00 tengahari hingga 2.00 petang dan 4.00 petang hingga 7.00 petang.
  2. Masa bertugas
    1. Syif pagi: 7.00 pagi hingga 2.00 petang
    2. Syif petang: 2.00 petang hingga 9 malam
    3. Syif malam: 9 malam hingga 7.30 pagi