UNIT PATOLOGI DAN TRANSFUSI

PENGENALAN

Polisi ini dirangka bagi tujuan memastikan pengurusan di Unit Patologi Hospital Tengku Anis serta pengendalian ujian darah berjalan seiring dengan keperluan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Polisi ini merangkumi semua aktiviti yang berjalan di Unit Patologi Hospital Tengku Anis iaitu daripada proses penerimaan spesimen, penyediaan spesimen, pemprosesan/analisa ujian sehingga pengeluaran keputusan ujian. Ia mesti dipatuhi oleh anggota Unit Patologi khususnya dan anggota Hospital Tengku Anis umumnya. Polisi ini adalah berkuatkuasa mulai dari tarikh ianya ditandatangani oleh Pengarah Hospital dan akan dikemaskini setiap Tiga (3) tahun.

VISI

Menyediakan perkhidmatan Patologi yang cepat, tepat, dan berinovasi berlandaskan sistem pengurusan berkualiti demi memenuhi kepuasan dan keperluan pelanggan semasa

MISI

Perkhidmatan Patologi akan menjadi satu perkhidmatan yang cekap  menggunakan  teknologi  yang  terkini  serta  anggota  yang  kompeten, berilmu, berjiwa murni dan  peka  terhadap  keperluan  pelanggan demi  kecemerlangan  rawatan  pesakit.

OBJEKTIF UNIT

  1. Menyediakan perkhidmatan diagnostik yang efektif dan komprehensif untuk para pelanggan 
  2. Menyediakan perkhidmatan dalam pelbagai disiplin patologi dengan menjalankan ujian-ujian yang cepat, tepat, dan berkesan.
  3. Memastikan perkhidmatan makmal berkualiti diberikan dengan berpandukan kepada piawaian yang telah ditetapkan
  4. Membantu dan memberi nasihat teknikal mengenai ujian-ujian makmal kepada kakitangan perubatan atau unit-unit lain

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

  • Menyediakan perkhidmatan diagnostik, saringan dan pemantauan dalam pelbagai disiplin patologi seperti Patologi Kimia, Hematologi, Klinikal, dan Mikrobiologi
  • Ujian-ujian yang tidak ditawarkan di Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh akan  dirujuk ke  Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Makmal Kesihatan Awam Kota Bharu (MKAKB) dan makmal di seluruh semenanjung Malaysia sama ada di bawah KKM atau swasta (yang di iktiraf dan mempunyai sijil sekurang-kurangnya MS ISO atau akreditasi) mengikut  prosedur  Outsourcing yang  telah ditetapkan dalam proses kerja penghantaran spesimen ke makmal rujukan terlibat.

WAKTU OPERASI DAN NO. UNTUK DIHUBUNGI  (General Line) :