UNIT RADIOLOGI

PENGENALAN

Perkhidmatan Radiologi merupakan salah satu komponen penting dalam perkhidmatan sokongan klinikal. Unit Radiologi bertanggungjawab dalam memberi perkhidmatan pengimejan perubatan kepada pesakit dalam dan pesakit luar di Hospital Tengku Anis (HTA), klinik-klinik kerajaan di sekitar Daerah Pasir Puteh ,hospital berpakar dan tanpa pakar serta klinik-klinik swasta. Membantu dalam membuat diagnosis ke atas pesakit  di dalam proses perawatan penyakit. Perkhidmatan yang disediakan adalah berdasarkan garis panduan dari Bahagian Radiologi Kementerian Kesihatan Malaysia. Polisi ini perlu dibaca bersama dengan National Radiology Services Operational Policy, medical Development Divison , MOH, (MOH/P/PAK/427.19(BP) untuk perlaksanaan polisi ini dengan lebih terperinci.

VISI

Menyediakan perkhidmatan cekap , tepat dan berinovasi berdasarkan sistem kualiti agar sentiasa memenuhi kepuasan pelanggan dan matlamat unit.

MISI

Memberi perkhidmatan cemerlang dengan teknologi peralatan terkini yang dikendalikan oleh juru x-ray berkualiti serta disemai dengan budaya kerja cemerlang demi memberi kepuasan kepada pelanggan dan menghasilkan produktiviti yang tinggi.

OBJEKTIF UNIT

  • Menentukan dan memastikan pemeriksaan keatas pesakit seperti mana yang dikehendaki oleh pakar dan pegawai perubatan dilakukan dengan tepat , selamat dan mesra pelanggan.
  • Menghasilkan radiograf yang bernilai diagnostik tinggi dengan pendedahan radiasi yang serendah mungkin.
  • Mempertingkatan sistem pengurusan dan penyeliaan unit dan peralatan supaya dapat mencapai matlamat hospital secara keseluruhan

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

Antara perkhidmatan yang diberikan oleh unit ini adalah : 

 

Pemeriksaan Radiografi Am:

Pemeriksaan Radiografi General Di Unit Radiologi

Pemeriksaan radiografi  Mudah alih (portable) dibuat bagi  pesakit    yang   benar-benar tidak mampu dibawa ke unit  atau dalam keadaan kritikal sama ada di wad atau unit kecemasan.

Pemeriksaan  radiografi forensik

 

Pemeriksaan Radiografi Khas:

Pemeriksaan Ultrasound

Penyediaan laporan bagi radiograf yang dihantar untuk    Laporan Pakar Radiologi.

  

Pengurusan temujanji

Urusan temujanji bagi pemeriksaaan khas yang dijalankan di HRPZ 

Temujanji pemeriksaan Ultrasound semasa lawatan pakar.

WAKTU OPERASI DAN NO. UNTUK DIHUBUNGI  (General Line) :