UNIT REKOD PERUBATAN
PENGENALANUnit Rekod Perubatan ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1993 dimana unit ini ditadbir khusus oleh kakitangan jabatan ini sendiri. Pada mulanya lokasi Unit Rekod berhampiran Jabatan Pesakit Luar dan kini tapak asal diambil alih Klinik Pakar Perubatan sekarang. Oleh kerana ruangan begitu terhad dan kritikal pada awal tahun 2010, Unit Rekod Perubatan telah berpindah ke bangunan kantin setelah kantin mendapat bangunan yang baru. Lokasi Unit Rekod Perubatan sekarang ini terletak dibelakang Pejabat Pengurusan dan Pentadbiran serta berhampiran dengan Surau dan Jabatan Farmasi. Pada masa kini Unit Rekod Perubatan mempunyai 1 bilik fail (aktif) untuk penyimpanan rekod perubatan pesakit, 1 stor rekod untuk penyimpanan rekod perubatan pesakit yang digunakan sebagai ‘Secondary Storage’ yang terletak dihadapan bilik Pengawal Keselamatan dan di belakang bangunan Klinik Pakar Perubatan. Unit Rekod Perubatan Hospital Tengku Anis merupakan salah satu perkhidmatan sokongan bukan klinikal dimana unit ini dipertanggungjawabkan dalam hal-hal berkaitan pengurusan perkhidmatan rekod perubatan pesakit seperti pengurusan rekod perubatan, penyediaan laporan perubatan, statistik dan data perangkaan bulanan, tahunan serta lain-lain dalam memastikan pihak hospital dapat memberikan perkhidmatan perawatan perubatan dengan cekap dan berkesan. |
VISIMenyediakan pengkalan data perangkaan untuk rujukan Hospital dan Kementerian Kesihatan Malaysia serta membekalkan maklumat yang tepat dan cepat serta menguruskan permohonan Laporan Perubatan Pesakit mengikut tempoh yang ditetapkan bagi kepuasan pelanggan kami. |
MISIUnit Rekod Perubatan sentiasa memastikan setiap pelanggan mendapat perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan dalam tempoh masa yang ditetapkan serta menjaga kerahsiaan Rekod Perubatan Pesakit dan membekalkan data data perangkaan sebegaimana ketetapan pihak atasan. |
OBJEKTIF UNITMenguruskan perkhidmatan rekod perubatan dengan cekap, selamat dan memenuhi kehendak pelanggan. Menguruskan permohonan Laporan Perubatan dengan cekap dan menepati masa. Mengurus maklumat dan statistik perubatan dengan cepat, tepat dan boleh dipercayai. |
PERKHIDMATAN YANG DITAWARKANUnit Rekod Perubatan bertanggungjawab ke atas perkhidmatan berikut : Pengurusan, penyimpanan dan peminjaman rekod perubatan pesakit seperti berikut:
Memproses permohonan laporan perubatan :
Memasukkan data pesakit ke dalam Sistem Maklumat Rawatan Pesakit (SMRP) 2.0 dan Sistem Casemix – MyCMX3.0.
Melaksanakan aktiviti pelupusan mengikut Jadual Pelupusan Rekod Perubatan 2016 (ISBN : 978-967-0769-14-1) Di Fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia. Memantau, mengumpul dan menyediakan laporan untuk aktiviti-aktiviti kualiti Hospital. Memberi sokongan kepada program-program hospital. |
WAKTU OPERASI DAN NO. UNTUK DIHUBUNGI (General Line) :
|
