PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN
- Operasi perkhidmatan makanan adalah sangat penting dalam rutin seharian sesebuah institusi khususnya di hospital dan fasiliti kesihatan. Di KKM, perkhidmatan makanan hospital beroperasi setiap hari di mana semua makanan pesakit dirancang mengikut menu dan disediakan di dalam dapur hospital seterusnya dihidang terus kepada pesakit yang mana lebih dikenali sebagai sistem perkhidmatan makanan konvensional. Selaras dengan polisi sedia ada yang berkuatkuasa, operasi perkhidmatan makanan ini dikendalikan melalui dua kaedah iaitu sama ada:-
- Perkhidmatan makanan secara inhouse: Operasi perkhidmatan makanan dilaksanakan sendiri oleh anggota perkhidmatan makanan yang bertugas di Jabatan/Unit Dietetik dan Sajian; atau,
- Perkhidmatan makanan secara outsource: Operasi perkhidmatan makanan dilaksanakan sepenuhnya oleh syarikat outsource yang dilantik oleh kerajaan.
- Operasi perkhidmatan makanan juga merangkumi proses perancangan menu dan resipi piawai, perolehan bahan makanan, pesanan makanan, bekalan bahan makanan kering dan produk enteral dari wad, pra penyediaan makanan, memasak, holding makanan, pengagihan, penghidangan dan pencucian peralatan.
- Keseluruhan prosedur operasi penyediaan makanan dijelaskan secara terperinci di dalam Prosedur Operasi Standard (POS) Pegawai dan Penolong Pegawai Penyediaan Makanan seperti berikut: -
- Prosedur Operasi Standard Pengurusan Perkhidmatan Makanan (Penjagaan Kesihatan) Secara Inhouse
- Prosedur Operasi Standard Pengurusan Perkhidmatan Makanan (Penjagaan Kesihatan) Secara Outsource
- Prosedur Operasi Standard Pengurusan Perkhidmatan Makanan (Penjagaan Kesihatan)
- Prosedur Operasi Standard Pengurusan Perolehan Di Dalam Perkhidmatan Makanan (Penjagaan Kesihatan)
|