Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kementerian Kesihatan Malaysia Kali Ke-31 Tahun 1444H/2022M telah diadakan pada 02 - 04 Oktober 2022 di Hotel Grand Riverview, Kota Bharu, Kelantan.
Selaku tuan rumah, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan telah mengumpul semua Jabatan Kesihatan Negeri di Kota Bharu bagi mengetengahkan bakat Qari dan Qariah daripada kalangan kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Pada Majlis kali ini, Dr. Muhammad Hazim bin Sharum dari JKN Selangor telah dinobatkan sebagai Johan Qari. Manakala Dr. Farah Hazwani bin Zainudin dari JKN Johor merangkul Johan Qariah. JKN Johor muncul sebagai Johan Keseluruhan kali ini.
Senarai para pemenang adalah seperti berikut:
Qari
Johan - Dr. Muhammad Hazim bin Sharum - JKN Selangor
Naib Johan - En. Moharizal bin Mohd Noor - JKN Terengganu
Tempat Ketiga - En. Mohd Hazwan bin Hamdan - JKN Negeri Sembilan
Qariah
Johan - Dr. Farah Hazwani binti Zainudin - JKN Johor
Naib Johan - Pn. Rosnani binti Mohdmad - JKN WP Kuala Lumpur & Putrajaya
Tempat Ketiga - En. Siti Maisara binti Yahya - JKN Sarawak
JKN Terengganu bakal menjadi tuan rumah untuk Majlis Tilawah Kebangsaan KKM pada tahun hadapan.
Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada para pemenang!