[Sila klik di sini untuk muat turun surat]
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
Untuk makluman Tuan, penghantaran dan penerimaan dokumen secara faks menunjukkan trend yang semakin menurun serta jarang digunakan dan emel telah digunakan sebagai medium penghantaran maklumat yang lebih cepat dan efisien bagi menggantikan mesin faks.
Sehubungan dengan itu, Jabatan ini telah memutuskan untuk menamatkan talian faksimili serta-merta berkuatkuasa dari tarikh surat ini (25 Januari 2023) dikeluarkan. Kerjasama Tuan adlah dipohon menggunakan emel jabatan hostumpat@moh.gov.my atau emel pegawai berkaitan sebagai platform rasmi bagi tujuan penghantaran surat atau dokumen ke Jabatan ini.
Kerjasama dan perhatian Tuan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.