20 Februari 2025 - Satu kes pendermaan tisu bagi kedua-dua belah kornea mata telah berjaya dilaksanakan pada 20 Februari 2025 yang melibatkan seorang pesakit yang budiman yang telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.
Pengurusan HRPZ II merakamkan ucapan takziah serta setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada keluarga penderma atas kesediaan memberi kebenaran untuk pendermaan kedua-dua belah kornea mata tersebut.
Sekalung penghargaan juga diucapkan kepada Unit Perolehan Organ Hospital (UPOH), Jabatan Oftalmologi, Jabatan Anestesiologi & Rawatan Rapi (ICU & Dewan Bedah), Jabatan Pembedahan, Jabatan Patologi, Jabatan Radiologi, Jabatan Forensik, Unit Angkut, Unit Keselamatan, dan Pasukan Koordinator Atas Panggilan NTRC serta semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung untuk memastikan kes pendermaan berkenaan berjalan dengan lancar.
Semoga dengan pendermaan tisu ini dapat memberi peluang kedua dan sinar harapan kehidupan kepada pesakit yang memerlukan seterusnya menjadi contoh kepada lebih ramai dalam membantu pendermaan organ dan tisu di Kelantan.
#dermaorgantisu
#jomikrar
#UPOHHRPZII