PEMBENTANGAN TEKNIKAL KESIHATAN AWAM (KAWALAN PENYAKIT) JABATAN KESIHATAN NEGERI KELANTAN BIL.2/2013.
Tarikh : 15 Disember 2013 (Ahad)
Masa : 8.30 pagi – 5.00 petang
Tempat : Dewan Seminar Pusat Latihan Tumpat .
Pembentangan Oral 2 kategori :
1. Pegawai Kesihatan Daerah (MOH) / Pegawai Kesihatan Epidemiologi (PKE).
2. Pegawai Kesihatan Persekitaran (PKP)/ Pen.Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP).
[Klik di sini untuk muat turun senarai pembentangan]
Cawangan Penyakit Berjangkit, Bahagian Kesihatan Awam Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan akan menganjurkan pembentangan teknikal (kawalan Penyakit) diperingkat negeri untuk kategori oral dan poster. Pembentangan ini adalah bertujuan untuk sama – sama mempelajari dan membincangkan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan bagi menangani pelbagai isu teknikal pelaksanaan aktiviti kawalan & pencegahan penyakit khususnya kawalan wabak di lapangan. Sehubungan dengan itu sebanyak 20 pembentangan (seperti di lampiran) telah dipilih untuk dibentangkan.
Semua pembentangan adalah berasaskan pembentangan saintifik dengan menggunakan format IMRAD ( Introduction, Methodology, Result, Analysis & Discussion).