Pengguna Mobil

  Imbas QR code ini menggunakan aplikasi pengimbas dalam telefon bimbit pintar anda.
 
 

Warna Tema Laman


(5 themes)
 
 

Perutusan PKN

 
 

TPKN

 
 

Profail Jabatan

 
 

Bahagian

 
 

Direktori

 
 

Kaunter Pelawat

Today : 748748748
Yesterday : 1109110911091109
Total : 2225129222512922251292225129222512922251292225129
 
 

Tarikh Kemaskini

16 MEI 2021

 
« 1 (2)

Info Semasa : Langkah-Langkah Penjimatan Tenaga Elektrik, Bil Air Dan Bil Telefon (KKM)

  on 26-02-2014 02:50:00 (2236 reads)

Sila KLIK SINI untuk Lampiran Langkah-langkah Penjimatan Tenaga Elektrik, Bil Air dan Bil Telefon

Info Semasa : Dasar Keselamatan dan Kesihatan KKM

on 22-04-2013 07:10:00 (2583 reads)

Dasar Keselamatan dan Kesihatan KKM

Info Semasa : PENYAKIT YANG PERLU DINOTIFIKASI DALAM TEMPOH 24 JAM SELEPAS DIAGNOSIS

  on 13-02-2013 23:00:00 (1629 reads)

Info Semasa : KEPERLUAN MEMBUAT NOTIFIKASI PENYAKIT BRUCELLOSIS SECARA PENTADBIRAN.

  on 18-09-2012 01:00:00 (1774 reads)

Brucellosis bukan penyakit  yang  perlu  dinotifikasikan  di  bawah  Jadual  Pertama  Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Namun disebabkan kejadian  wabak  Brucellosis   yang  dilaporkan  kebelakangan   ini  dan  bagi tindakan langkah-langkah kawalan dan pencegahan serta memberi rawatan segera, Bahagian  Kawalan  Penyakit  memutuskan  bahawa  penyakit Brucellosis perlu dinotifikasi secara pentadbiran berkuatkuasa mulai 6 Sept 2012.

Maklumat  rujukan  mengenai  tatacara  pengendalian   kes  brucellosis boleh  didapati  di  dalam  dokumen Guidelines  For  The  Diagnosis, Management, Prevention And Control Of Brucellosis In Malaysia dan boleh dimuat turun dari website KKM.

[Klik di sini untuk muat turun Surat KKM : PEMBERITAHUAN KEPERLUAN BAGI MEMBUAT NOTIFIKASI PENYAKIT BRUCELLOSIS SECARA PENTADBIRAN]

 

Read More... | 1775 bytes more

Info Semasa : URUSAN PEMERIKSAAN KESIHATAN JEMAAH HAJI

  on 26-04-2012 07:10:00 (1440 reads)

 Sila klik di pautan Surat Pekeliling KPK Bil. 14/2012 untuk muat turun pekeliling berkaitan Urusan Pemeriksaan Kesihatan Jemaah Haji untuk rujukan.

[Surat Pekeliling KPK Bil. 14/2012]

Info Semasa : Garis Panduan HFMD Untuk Rujukan Daerah-Daerah di Kelantan

on 22-03-2012 00:10:00 (1569 reads)

Sila klik di pautan Garis Panduan HFMD di bawah untuk muat turun Garis Panduan HFMD bagi rujukan daerah-daerah di Kelantan. Sekian, terima kasih.

[Garis Panduan HFMD]

Info Semasa : Farmasi Drive Thru - Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu

on 03-12-2011 23:00:00 (2602 reads)

Farmasi Drive Thru adalah perkhidmatan bekalan ubat susulan/sambungan di mana pelanggan yang telah mendaftar akan membawa kenderaan ke Farmasi Drive Thru untuk terus menuntut ubat pada hari dan masa yang telah ditetapkan.

Lokasi Farmasi Drive Thru : di hadapan kuarters lama, berdekatan dengan pondok pengawal keselamatan dan Jab Forensik.

Buat masa sekarang, hari yang terpilih ialah hari Khamis, 9pagi-1ptg. Bilangan hari dan masa akan disesuaikan mengikut keadaan.

Pegawai kontek di Farmasi Pesakit Luar ialah Pn Siti Aisah (2475) atau Pn Ardziah (2469).

Read More... | 1697 bytes more

Info Semasa : ARAHAN MELAPORKAN KEJADIAN WABAK PENYAKIT BERJANGKIT MELALUI SISTEM ONLINE eWABAK

  on 20-11-2011 07:00:00 (3101 reads)

[Klik di sini untuk muat turun dokumen berkaitan eWABAK]

Dimajukan surat arahan KKM utk melaporkan kejadian wabak penyakit berjangkit melalui sistem Laporan wabak penyakit secara online (sistem ewabak) mulai 6 September 2011 menerusi laman web http://vekpro.moh.gov.my dalam tempoh 24 jam selepas notifikasi diterima.
Untuk makluman semua PKD & JKN diberi tempoh satu bulan untuk kemaskini maklumat dalam sistem ewabak.

[Klik di sini untuk muat turun dokumen berkaitan eWABAK]

Read More... | 1382 bytes more

Info Semasa : PENGURUSAN MAYAT UNTUK TUJUAN PENGANGKUTAN DOMESTIK TIDAK TERTAKLUK KEPADA PROSEDUR

  on 12-11-2011 03:30:00 (1199 reads)

[Klik di sini untuk muat turun surat]

Dimaklumkan bahawa arahan terbaharu KKM semua jenazah/mayat untuk tujuan pengangkutan domestik tidak perlu lagi dirujuk kepada Pejabat Kesihatan (PKD/PMA). Ini adalah untuk mengelak kelewatan dalam pengurusan mayat/jenazah berkenaan. Untuk itu prosedur terdahulu adalah terbatal & tiada permit perlu dikenakan &  prosedur yang perlu dipatuhi melibatkan pergerakan mayat domestik (dalam negara termasuk Sabah /Sarawak).

Bersama ini disertakan surat edaran oleh Bahagian kawalan Penyakit KKM bertarikh 28 Oktober 2011 yang memperincikan secara jelas prosedur berkenaan yang perlu dipatuhi. Surat ini boleh didownload di website jknkelantan.moh.gov.my untuk rujukan semua dalam tempoh terdekat.

Kerjasama tuan/puan dalam memastikan prosedur yang ditetapkan dipatuhi dan berjalan dengan lancar amatlah dihargai. Sebarang masalah berbangkit sila berhubung dengan Unit Epid CDC JKNK. Terima kasih.

[Klik di sini untuk muat turun surat]

[Pengumuman sumbangan En. Niu Sue, Pegawai Kesihatan Persekitaran, Unit Epidemiologi (CDC), Cawangan Penyakit Berjangkit, JKNK]

Info Semasa : PENYAKIT MEASLES PERLU DINOTIFIKASI DALAM APLIKASI E-NOTIFIKASI DALAM TEMPOH 24 JAM

  on 12-11-2011 03:20:00 (2185 reads)

[Klik di sini untuk muat turun surat]


Dimajukan surat dari Bahagian Kawalan Penyakit KKM mengenai keperluan input notifikasi kes Measles dalam aplikasi E-Notifikasi dalam Tempoh 24 jam .



Pohon kerjasama Ybhg.Dato/Tuan/Puan memastikan semua pengguna aplikasi E-Notifikasi mengambil tindakan notifikasi dalam tempoh 24 jam bagi penyakit Measles sebagaimana Pekeliling KPK Bil 24/2010. Kerjasama pihak Ybhg.Dato/Tuan/Puan amatlah dihargai dalam memastikan kepatuhan kepada arahan tersebut.



Surat ini  boleh dimuat turun menerusi laman web jknkelantan.moh.gov.my dalam tempoh terdekat untuk rujukan semua.


Sekian, terima kasih.


[Klik di sini untuk muat turun surat]


[Pengumuman sumbangan En. Niu Sue, Pegawai Kesihatan Persekitaran, Unit Epidemiologi (CDC), Cawangan Penyakit Berjangkit, JKNK]

« 1 (2)
 

Emel myGovUC 2.0

Emel Rasmi SSO MyGovUC2.0

Cth Login :

ID : xxxxxx.moh
PWD : katalaluan
 
 

SPPKN JKNK

 
 

MeSTI Kelantan

 
 

CPG KKM

 
 

Pautan JKNK

Facebook Rasmi JKN Kelantan Facebook KKM RSSTwitter KKMInstagram KKM Youtube

 
 

Pautan NKWeb

 
 

Muat Turun

Muat Turun Dokumen Muat Turun Penerbitan Muat Turun Borang Muat Turun Audio Muat Turun Video Muat Turun Perisian

 
 

Carian