PENGURUSAN MAYAT UNTUK TUJUAN PENGANGKUTAN DOMESTIK TIDAK TERTAKLUK KEPADA PROSEDUR

Date 12-11-2011 03:30:00 | Topic: Info Semasa

[Klik di sini untuk muat turun surat]

Dimaklumkan bahawa arahan terbaharu KKM semua jenazah/mayat untuk tujuan pengangkutan domestik tidak perlu lagi dirujuk kepada Pejabat Kesihatan (PKD/PMA). Ini adalah untuk mengelak kelewatan dalam pengurusan mayat/jenazah berkenaan. Untuk itu prosedur terdahulu adalah terbatal & tiada permit perlu dikenakan &  prosedur yang perlu dipatuhi melibatkan pergerakan mayat domestik (dalam negara termasuk Sabah /Sarawak).

Bersama ini disertakan surat edaran oleh Bahagian kawalan Penyakit KKM bertarikh 28 Oktober 2011 yang memperincikan secara jelas prosedur berkenaan yang perlu dipatuhi. Surat ini boleh didownload di website jknkelantan.moh.gov.my untuk rujukan semua dalam tempoh terdekat.

Kerjasama tuan/puan dalam memastikan prosedur yang ditetapkan dipatuhi dan berjalan dengan lancar amatlah dihargai. Sebarang masalah berbangkit sila berhubung dengan Unit Epid CDC JKNK. Terima kasih.

[Klik di sini untuk muat turun surat]

[Pengumuman sumbangan En. Niu Sue, Pegawai Kesihatan Persekitaran, Unit Epidemiologi (CDC), Cawangan Penyakit Berjangkit, JKNK]




This article comes from Laman Web Rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan
http://jknkelantan.moh.gov.my/v3

The URL for this story is:
http://jknkelantan.moh.gov.my/v3/modules/news/article.php?storyid=68