- Setiap pesakit akan diberi rawatan perubatan yang berkualiti tanpa mengira umur, keturunan, agama dan taraf sosioekonomi.
- Pesakit yang memerlukan rawatan khusus akan dirujuk ke fasiliti kesihatan atau pusat rujukan lain yang sesuai demi memastikan kesinambungan rawatan.
- Setiap pelanggan akan dilayan dengan hormat dan bersopan-santun.
- Setiap pesakit akan diberi jaminan dan maruahnya akan dipelihara semasa menerima rawatan.
- Segala maklumat mengenai pesakit dan rawatannya akan dirahsiakan dan hanya akan diberitahu kepada pihak-pihak tertentu dengan keizinannya tertakluk kepada undang-undang.
- Setiap pesakit berhak mendapat penjelasan lengkap tentang prosedur dan rawatan yang dicadangkan, termasuk risiko dan pilihan rawatan lain yang tersedia.
Deprecated: str_replace(): Passing null to parameter #3 ($subject) of type array|string is deprecated in /home/kelantan/public_html/hpm/v1/wp-content/themes/autoser/framework/template-tags.php on line 101

