Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the announcement-ticker-highlighter-scroller domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/kelantan/public_html/hpm/v1/wp-includes/functions.php on line 6121

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the autoser domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/kelantan/public_html/hpm/v1/wp-includes/functions.php on line 6121

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the kirki domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/kelantan/public_html/hpm/v1/wp-includes/functions.php on line 6121
Perutusan Pengarah – Laman Web Rasmi Hospital Pasir Mas, Kelantan

SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB HOSPITAL PASIR MAS

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pengunjung yang sudi melayari laman web rasmi Hospital Pasir Mas. Laman web ini dibangunkan sebagai satu platform interaktif untuk menyampaikan maklumat terkini mengenai perkhidmatan kesihatan, aktiviti hospital serta maklumat kesihatan yang berguna kepada masyarakat umum.

Sebagai sebuah institusi kesihatan yang komited terhadap penyampaian perkhidmatan yang berkualiti, Hospital Pasir Mas sentiasa berusaha meningkatkan mutu rawatan dan perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan. Kami percaya bahawa akses kepada maklumat yang tepat dan telus adalah satu daripada elemen penting dalam memastikan kepuasan dan kepercayaan masyarakat terhadap sistem penjagaan kesihatan awam.

Selaras dengan visi kami untuk menjadi pusat perkhidmatan kesihatan yang cemerlang dan transformative, kami menekankan aspek profesionalisme, penyayang, dan kecekapan dalam setiap tindakan dan keputusan. Justeru, kami amat mengalu-alukan maklum balas dan cadangan membina daripada orang ramai untuk menambah baik sistem penyampaian kami dari semasa ke semasa.

Akhir kata, saya berharap laman web ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua pihak sama ada untuk mendapatkan maklumat, membuat pertanyaan, mahupun berinteraksi secara langsung dengan pihak hospital.

Sekian.

Dr. Nor Laili Sabariah binti Mohd Ghazali

Pengarah Hospital Pasir Mas, 
Kelantan.

Show Buttons
Hide Buttons