UNIT PEMULIHAN CARAKERJA
PENGENALAN.
Perkhidmatan pemulihan carakerja mula diwujudkan pada tahun 2002 dan ditempatkan bersama Unit Pemulihan Anggota yang kini dikenali sebagai Fisioterapi dengan kekuatan seorang pegawai gred U29. Kemudian perkhidmatan pemulihan carakerja telah berkembang sejajar dengan perkembangan perkhidmatan klinikal dan kepakaran di Hospital Kuala Krai. Unit Pemulihan Carakerja telah ditempatkan bersama Unit Fisioterapi terletak didalam Jabatan Rehabilitasi, Aras 1 bersebelahan Unit Hemodialisis.
Unit ini mempunyai staf terdiri daripada seorang Pegawai Pemulihan Carakerja, 4 orang Jurupulih Perubatan Carakerja serta seorang Pembantu Perawatan Pesakit.
VISI
Menyediakan perkhidmatan pemulihan carakerja yang bersistematik dan bertaraf antarabangsa melalui pembelajaran berterusan, pengamalan budaya korporat serta penekanan kepada aspek kualiti dan teknologi yang berpatutan dengan mengekalkan dan menghormati nilai-nilai murni dan budaya setempat ke arah meningkatkan status kesihatan serta kualiti kehidupan memenuhi kehendak pelanggan dan masyarakat.
MISI
Perkhidmatan ini diberikan oleh warga kerja yang berpengetahuan, berkemahiran dan mengamalkan nilai-nilai murni berdasarkan evidence based practice.
OBJEKTIF
Memberi perkhidmatan berkualiti yang berterusan dengan mengutamakan kepuasan pelanggan iaitu pesakit luar dan pesakit dalam, selari dengan misi dan visi Kementerian Kesihatan Malaysia, iaitu menuju kearah masyarakat yang sihat.
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
Perkhidmatan Pemulihan Carakerja yang kami sediakan merangkumi pesakit dalam (pesakit didalam wad) dan pesakit luar.
Perkhidmatan yang disediakan adalah:-
- Pemulihan fizikal
- Orthopedik
- Medikal
- Surgikal dan luka terbakar
- Kecederaan saraf spinal
- Traumatic Brain Injury
- Pemulihan Pediatrik
- Program intervensi awal bagi kanak-kanak contohnya down syndrome, cerebral palsi, autisma, ADHD, slow learner dan sebagainya
- Pemulihan Psikiatrik
Selain daripada itu kami juga memberikan perkhidmatan di dalam ( specialize area) iaitu:
RETURN TO WORK
– iaitu fokus kepada pesakit dewasa yang kehilangan kerja akibat dari kemalangan, disini Jurupulih Carakerja membantu dalam melatih/‘retraining’ kembali dari aspek kehidupan seharian, kekuatan fizikal, kefungsian kognitif dan psikologikal.
– Ia adalah persediaan kepada pesakit untuk memulakan pekerjaan kembali