JABATAN OFTALMOLOGI
PENGENALAN
Jabatan Oftalmologi Hospital Kuala Krai adalah merupakan pusat perkhidmatan Oftalmologi untuk Kelantan Selatan yang merangkumi:
- Perkhidmatan perawatan mata sekunder
- Perkhidmatan perawatan katarak bagi Kelantan Selatan
- Perkhidmatan perawatan mata bagi kes-kes kecemasan
- Perkhidmatan Optometri dan pemulihan penglihatan
- Latihan dalam bidang penjagaan dan perawatan mata
- Perkhidmatan ‘outreach’ ke pedalaman Kuala Krai dan Gua Musang
- Pusat latihan untuk pembedahan katarak bagi calon-calon pasca-siswazah Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian
- Program pencegahan kebutaan
Selaras dengan visi Kementerian Kesihatan, Jabatan Oftalmologi berikrar untuk berusaha memudahkan capaian masyarakat kepada perawatan mata dan memberikan perawatan yang berkualiti tinggi demi membantu masyarakat menjalani kehidupan yang lebih baik
VISI
Menjadikan Jabatan Oftalmologi sebagai pusat rawatan mata yang cemerlang, cekap dan mesra pelanggan
MISI
Menyediakan perkhidmatan kepakaran mata yang berkualiti dengan mengamalkan etika kerja cemerlang, profesional dan berbudi bahasa
OBJEKTIF
Menyediakan perkhidmatan kepakaran mata dengan menitikberatkan aspek- aspek:-
- Promotif
- Sentiasa berusaha untuk menyalurkan maklumat tentang penjagaan mata dan penyakit mata secara berterusan kepada masyarakat contohnya melalui sesi-sesi kaunseling di klinik dan program-program ‘outreach’.
- Preventif
- Klinik Oftalmologi HKK juga menerima rujukan-rujukan untuk saringan ‘diabetic retinopathy’ yang telah disaring pada awalnya menggunakan ‘fundus camera’ yang terdapat di klinik-klinik kesihatan terpilih di seluruh daerah di Kelantan Selatan. Ini adalah untuk mengenal pasti di peringkat awal pesakit-pesakit yang mengalami ‘diabetic retinopathy’ dan mengelakkan kebutaan disebabkan oleh penyakit tersebut. Pegawai-pegawai Optometri kami juga membuat pemeriksaan secara berkala di pra-sekolah, tadika dan taska dengan matlamat mencegah kebutaan di kalangan kanak-kanak
- Kuratif
- Berusaha untuk memberi perawatan yang terbaik kepada pesakit-pesakit mata mengikut kepakaran yang ada di HKK dan membuat rujukan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II bagi kes-kes yang memerlukan rawatan sub-kepakaran di sana. Juga menjalankan pembedahan katarak yang menjadi penyebab utama kebutaan di kalangan warga emas secara berterusan termasuk penganjuran program pembedahan katarak secara besar-besaran (‘Cataract Carnival’) di Hospital Kuala Krai dan Hospital Gua Musang. Pesakit-pesakit yang kurang berkemampuan dirujuk ke Jabatan Kebajikan Sosial Perubatan untuk bantuan kanta intra-okular (IOL)
- Rehabilitatif
- Optometrist di Jabatan Oftalmologi Hospital Kuala Krai juga memberikan rehabilitasi untuk kes-kes penglihatan terhad dan buta yang tidak boleh dirawat disebabkan oleh pelbagai penyakit dengan alat-alat bantuan penglihatan terhad dan mengajar pesakit menggunakannya untuk memudahkan mereka menjalani rutin harian mereka
AKTIVITI-AKTIVITI UTAMA JABATAN
- Perkhidmatan pesakit luar di Klinik Oftalmologi (Klinik Pakar 3)
1.1 Perkhidmatan oftalmologi umum
1.2 Perkhidmatan kes-kes mata kecemasan
1.3 Perkhidmatan penjagaan mata bagi pesakit ‘diabetic’
1.4 Perkhidmatan sub-kepakaran ‘Glaucoma’ dan ‘Comprehensive Ophthalmology’ melalui lawatan pakar sub-kepakaran dari HRPZ II
1.5 Perkhidmatan pra dan pos pembedahan
1.6 Perkhidmatan optometri dan pemulihan penglihatan
- Perkhidmatan pesakit dalam di Wad 5B
2.1 Perkhidmatan rawatan penyakit mata
2.2 Perkhidmatan pembedahan mata
- Perkhidmatan pembedahan rawatan harian (day care service)
- Perkhidmatan latihan
- Perkhidmatan pencegahan kebutaan yang disediakan:
5.1 Promosi kesihatan mata
5.2 Saringan ROP (Retinopathy of Prematurity) untuk bayi-bayi pra-matang
5.3 Saringan ‘Diabetic Retinopathy’
5.4 Latihan kakitangan perawatan primer