UNIT FISIOTERAPI
PENGENALAN
Sejarah Penubuhan Unit Fisioterapi
Unit Fisioterapi, Hospital Kuala Krai telah beroperasi semenjak Januari 1984. Pada tahun 2002, perkhidmatan Pemulihan Carakerja telah diwujudkan dan ditempatkan di bawah satu bumbung dengan perkhidmatan Pemulihan Fisioterapi. Unit Pemulihan Fisioterapi dan juga Unit Pemulihan Carakerja mula dikenali sebagai Unit Pemulihan/Rehabilitasi dengan penggabungan kedua-dua perkhidmatan pemulihan ini.
Anggota unit ini terdiri daripada Jurupulih Perubatan Fisioterapi (U38, U36, U32, U29), dan Pembantu Perawatan Kesihatan (U11).
Unit ini beroperasi pada waktu pejabat iaitu bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang dan ditutup pada cuti mingguan serta hari kelepasan am.
OBJEKTIF
Memberi perkhidmatan berkualiti yang berterusan dengan mengutamakan kepuasan pelanggan iaitu pesakit luar dan pesakit dalam, selari dengan misi dan visi Kementerian Kesihatan Malaysia, iaitu menuju kearah masyarakat yang sihat.
VISI
Akan menjadi sebuah unit yang terunggul dan terbaik dalam perawatan dan rehabilitasi melalui pembelajaran berterusan, pengamalan budaya korporat serta penekanan kepada aspek kualiti dan teknologi yang berpatutan dengan mengekalkan dan menghormati nilai-nilai murni dan budaya setempat ke arah meningkatkan status kesihatan serta kualiti kehidupan memenuhi kehendak pelanggan dan masyarakat.
Misi
Meningkatkan mutu pengurusan dan pekerja ke tahap yang cemerlang mengikuti peraturan dan prosedur bagi menjamin perkhidmatan berkualiti.
Skop Perkhidmatan
Terdapat 2 skop perkhidmatan yang disediakan
- Pemulihan Pesakit Dalam
- Pemulihan Pesakit Luar
Perkhidmatan Pemulihan Perubatan Fisioterapi:
- Pemulihan Kardiak
- Pemulihan Amputee
- Pemulihan Kecederaan Saraf Tunjang (SCI)
- Pemulihan Strok
- Pemulihan Kecederaan Otak (TBI)
- Chronic Pain Management
- Perawatan Fisioterapi Muskuloskeletal
- Perawatan Fisioterapi Respiratori
- Perawatan Fisioterapi Neurologi (Dewasa)
- Perawatan Fisioterapi Neurologi (Pediatrik)
- Perawatan Fisioterapi Geriatrik
- Perawatan Fisioterapi Urinari Inkontinen
- Perawatan Fisioterapi Kecederaan Sukan
- Perawatan Fisioterapi Lymphedema
- Perawatan Fisioterapi Vestibular
- Perawatan Fisioterapi Hand & Microsurgery
- Perawatan Fisioterapi Haemofilia
- Perawatan Fisioterapi Paliatif
- Perawatan Fisioterapi Fototerapi
Perawatan Fisioterapi Burn & Reconstructive Surger