ASRAMA 

ASRAMA PELATIH & ASRAMA JURURAWAT

Pengenalan

  • Keutamaan kepada staf Hospital Sultan Ismail Petra.
  • Asrama Pelatih
    -40 buah bilik
  • Asrama Jururawat
    -42 buah bilik
  • Setiap aras mempunyai 1 bilik rehat
  • Setiap blok asrama terdapat 1 surau dan 1 bilik pengurusan asrama
  • Mula beroperasi pada 1 Oktober 2019

Peraturan-peraturan Asrama

Peraturan Umum

  1. Asrama Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) adalah di khaskan untuk Jururawat dan Doktor Pelatih (HO) yang berkhidmat di HSIP. Tempoh menduduki asrama dibenarkan adalah 2 (dua) tahun sahaja.
  2. Pegawai-pegawai lain dibenarkan untuk menduduki asrama ini secara bersyarat dan perlu mendapat kelulusan daripada Pengarah HKK bagi tempoh masa 2 (dua) tahun sahaja.Walaubagaimanapun, kebenaran ini tertakluk kepada kekosongan & keutamaan adalah kepada Jururawat dan Pegawai Perubatan Siswazah (HO) HSIP.
  3. Penghuni selain dari Pegawai Perubatan Siswazah (HO) boleh melanjutkan tempoh menduduki asrama melebihi 2 tahun dengan mengisi borang permohonan kali kedua selewat-lewatnya sebulan (30 hari) dari tarikh tamat perjanjian pertama.
  4. Pemohon yang telah mendapat Surat kelulusan menduduki Asrama daripada Pengarah HKK perlulah mengisi LAMPIRAN E (P.A “E” 29) iaitu Sijil Akuan Masuk Rumah.
  5. Deposit kemasukan Asrama adalah mengikut gred jawatan pemohon (seperti di Jadual A). Sebanyak 25% Elaun Imbuhan Perumahan Tetap(ITP) dan 50% KOLA akan dipotong.
  6. Sewaan Bulanan akan dikenakan sebanyak RM 7.50 (Ringgit Malaysia: Tujuh Ringgit dan Lima Puluh Sen) sahaja dan akan dipotong melalui akaun gaji pemohon. (Perintah Am Bab E Peraturan 35 Para 2.)
  7. Keselamatan Harta Benda Persendirian dan Barang Bernilai adalah dibawah Tanggungjawab Penghuni. Bahagian Pengurusan HKK/Pejabat Penyelia Asrama TIDAK BERTANGGUNGJAWAB atas segala kerosakan atau kehilangan tersebut.
  8. Penghuni DIWAJIBKAN menjaga kebersihan bilik dan persekitaran asrama. Kebersihan dan pencucian dalam bilik adalah tanggungjawab penghuni, manakala kebersihan di luar bilik dan persekitaran adalah tanggungjawab pihak hospital. Pihak Pengurusan HSIP/Penyelia Asrama akan membuat pemeriksaan dari semasa ke semasa.
  9. Kehilangan/Kerosakan Peralatan atau lain-lain kemudahan yang sedia ada di Asrama disebabkan oleh kecuaian/kelalaian Penghuni perlulah diganti oleh Penghuni dengan
  10. Hanya seorang penghuni sahaja untuk satu (1) bilik dibenarkan.
  11. Peralatan elektrik dan eletronik yang DIBENARKAN adalah seperti
    1. Telefon bimbit;
    2. Laptop;
    3. Printer;
    4. Seterika;
    5. Lain-lain alatan yang dianggap tidak membahayakan keselamatan Penghuni dengan syarat mendapat kelulusan/kebenaran dari Pihak Pengurusan Asrama serta berdaftar.
  12. Penghuni yang hendak keluar asrama, MESTILAH mengosongkan biliknya dengan KADAR SEGERA dalam tempoh sebulan (30 hari). Penghuni dikehendaki mengisi borang LAMPIRAN F (P.A “E” 30) iaitu Sijil Akuan Keluar Rumah yang boleh didapati di Pejabat Pengurusan HKK/Pejabat Penyelia Asrama.
  13. Penghuni yang telah mengosongkan Asrama dikehendaki MENGEMBALIKAN semula kunci bilik kepada Penyelia Asrama pada hari meninggalkan asrama. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan pemotongan elaun Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) dan sewaan bulanan

            PERATURAN YANG DILARANG/TIDAK DIBENARKAN

  1. Penghuni TIDAK DIBENARKAN membawa masuk orang luar untuk tinggal/bermalam di Asrama.
  2. Penghuni yang sudah berkahwin TIDAK DIBENARKAN membawa pasangan dan anak-anak / ahli keluarga ke bilik untuk tinggal bersama di Asrama kerana menyalahi peraturan asrama dan menganggu ketenteraman penghuni lain.
  3. Penghuni TIDAK DIBENARKAN berpindah bilik tanpa kelulusan dari Pengurusan Asrama. Sekiranya perlu, Penghuni haruslah mengisi borang permohonan pertukaran bilik.
  4. Penghuni ADALAH DILARANG sama sekali:-
    1. Meninggikan suara televisyen/radio yang boleh menganggu ketenteraman penghuni lain;
    2. Menampal poster/gambar di dinding mahupun cermin yang boleh merosakkan harta awam;
    3. Membazir tenaga elektrik dan air sama ada di bilik sendiri mahupun di ruang rehat/bilik rekreasi;
    4. Mengeluarkan/memindahkan kemudahan-kemudahan, perabot dan peralatan lain yang disediakan di Asrama;
    5. Memiliki atau menyimpan;
      1. Senjata atau peralatan yang dianggap berbahaya
      2. Barang-barang yang berbau busuk,reput,kotor dan beracun yang mengancam atau mengganggu keselamatan dan keselesaan diri sendiri dan Penghuni lain
      3. Barang-barang yang dianggap boleh mencemarkan imej HKK (bahan lucah)
      4. Memasak di dalam bilik kecuali di tempat-tempat yang telah ditetapkan
      5. Memiliki, menyimpan atau menggunakan periuk nasi elektrik dan pemanas air serta peralatan elektrik dan elektronik tanpa kebenaran.
    6. Memelihara haiwan peliharaan di Asrama;
    7. Pihak Asrama berhak mengarahkan penghuni untuk keluar dari Asrama jika melanggar peraturan yang telah ditetapkan.
Skip to content