Unit Latihan adalah salah satu unit sokongan kepada Jabatan Pengurusan yang diterajui oleh Pengarah Hospital, diketuai oleh Timbalan Pengarah (Pengurusan) Gred M44 dan dianggotai oleh Penolong Pegawai Tadbir Gred N32, Pembantu Tadbir Kanan N22 dan Pembantu Tadbir Gred N19.
Unit ini ditubuhkan bertujuan untuk memantau pelaksanaan setiap latihan dan kursus-kursus semua pegawai di hospital ini. Selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan, tujuannya adalah untuk melatih dan melaksanakan kursus-kursus mengikut kriteria-kriteria tertentu, seterusnya menjana modal insan yang lebih cemerlang. Unit ini juga bertanggungjawab dalam :
• Menyelaras perancangan dan pelaksanaan latihan dalaman serta luaran bagi peningkatan diri dan kerjaya pegawai serta dalam usaha untuk memastikan setiap anggota menghadiri kursus sekurang-kurangnya 7 hari setahun.
• Mengendalikan latihan untuk pembangunan sumber manusia kepada anggota HKK samada kursus dalaman dan luaran HKK
• Mengendalikan dan membuat jadual CME yang diadakan setiap minggu untuk anggota HKK
• Menyediakan sijil-sijil kursus dalaman yang dianjurkan oleh Jabatan / Unit HKK
• Menguruskan permohonan kursus Pos Basik anggota HKK
• Menguruskan permohonan dan penempatan untuk pelajar-pelajar di institusi awam dan swasta yang ingin menjalani latihan industri dan posting elektif di HKK.
• Mengurus tempahan Auditorium dan Bilik CME untuk Kursus anjuran HKK dan JKN Kelantan
Bahagian ini akan menjadi sebuah unit yang terdiri daripada kakitangan yang cekap dan mesra pelanggan di samping mengutamakan pengurusan yang efiksyen dan berkualiti
Meningkatkan mutu pengurusan unit latihan Hospital Kuala Krai ke tahap yang cemerlang mengikut peraturan dan prosedur bagi menjamin perkhidmatan berkualiti
Auditorium Rafflesia (Aras 4) – Untuk 200 Peserta
Bilik CME (Aras 4)
1. Bilik Bougainvilliea
– Untuk 25 Peserta
2. Bilik Pushpa
– Untuk 25 Peserta
3. Bilik Azalea
– Untuk 25 Peserta
4. Bilik Alamanda
– Untuk 25 Peserta
Bilik CME (Aras 2)
1. Bilik Cempaka
– Untuk 25 Peserta
2. Bilik Teratai
– Untuk 25 Peserta