UNIT PERKHIDMATAN BAHAN STERILE (CSSU)

PENGENALAN 

Unit Perkhidmatan Bahan Sterile  (CSSU) di Hospital Sultan Ismail Petra, Kelantan adalah merupakan  perkhidmatan bersepadu di hospital Kementerian Kesihatan (KKM) yang berfungsi dalam proses pensterilan untuk set dan peralatan pembedahan , linen dan soft good. Selain itu juga Unit Perkhidmatan Bekalan Bahan Sterile (CSSU) ialah memproses peralatan pesakit yang telah digunakan dan membekalkan semula barangan yang telah di steril kepada dewan bedah, wad dan klinik. Unit ini juga memberi perkhidmatan dalam pengurusan  dekontaminasi yang selamat dalam penjagaan kesihatan seperti kawalan jangkitan di hospital yang selamat, cekap dan berkesan. Aktiviti utama di CSSU ialah menerima, mencuci, membungkus, mensteril dan membekal peralatan steril kepada wad-wad, Dewan Bedah dan klinik – klinik serta termasuk klinik-klinik kesihatan yang berhampiran. Unit Perkhidmatan Bahan Sterile (CSSU) mempunyai 13 anggota yang terdiri daripada seorang Penyelia Jururawat U 41 sebagai Ketua Unit, 1 orang Ketua Jururawat U 32, 7 orang Jururawat Terlatih U29, 1 orang Jururawat Masyarakat dan 3 orang autoclave operator . Unit Perkhidmatan Bahan Sterile (CSSU) Hospital Sultan Ismail Petra, Kelantan telah mula beroperasi pada tahun bulan September 2018 di aras satu di blok utama Hospital Sultan Ismail Petra.

VISI

Ke arah pembekalan 100% peralatan steril.

MISI

Unit Bekalan Bahan Steril (CSSU) memberikan perkhidmatan pensterilan yang berkualiti dan inovatif menggunakan teknologi bersesuaian bagi memenuhi kehendak dan keperluan pelanggan.

OBJEKTIF

Mempastikan setiap pesakit menerima set perawatan yang steril dan selamat bagi rawatan mereka untuk mengelakkan pesakit daripada terdedah kepada risiko ‘nosocomial infection’ atau infeksi silang atau dengan kata lain setiap produk yang dikeluarkan daripada CSSU adalah steril dan selamat digunakan kepada pesakit.

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

  1. Pensterilan
    • Menjalankan proses pensterilan dengan penggunaan mesin Autoclave

2. Pembekalan Soft Dressing

    • Gauze pack
    • Wool pack
    • Gamgee pack
    • Crepe bandage pack
    • Ribbon gauze pack
    • Rytex gauze pack
    • Green gauze pack
    • Abdominal pack
    • Pembekalan set
    • Untuk dewan bedah
    • Ward / klinik Prosedur set.

3. Pembekalan Linen Pack

    • Major Linen,
    • ENT pack,
    • OT gown,
    • Eye Pack
    • Dressing towel
    • Abdominal sheet
Skip to content