JABATAN KERJA SOSIAL PERUBATAN

PENGENALAN

Perkhidmatan Kerja Sosial Perubatan telah diperkenalkan semenjak tahun 1952 dengan bilangan anggota yang sedikit. Peringkat awal perkhidmatan ini dikenali sebagai perkhidmatan ‘Lady Almoner’.

Kemudiannya perkhidmatan ini dikenali sebagai Jabatan Kebajikan Perubatan iaitu pada 1994. Percantuman pengkhususan bidang-bidang dalam kerja sosial yang membentuk kerja sosial genetic telah menampilkan peranan dan kewujudan Pegawai-pegawai Kerja Sosial Perubatan semakin hari semakin penting.

Dari masa kesemasa peranan dan sumbangan perkhidmatan kerja sosial perubatan semakin mencabar dalam arus permodenan selari dengan pertambahan masalah-masalah sosial yang dibawa oleh pembangunan dalam menjurus ke arah Negara maju telah memperlihatkan bahawa pendekatan merawat penyakit sosial perlu diberi perhatian yang serius dengan mengambilkira berbagai aspek seperti emosi, sosial-ekonomi, rangkaian perhubungan dan sokongan (support) keluarga dan mereka yang berkepentingan. Selari dengan perkembangan kerjaya dalam perkhidmatan ini pada 2002 Jabatan ini ditukar nama kepada Jabatan Kerja Sosial Perubatan.

SKOP KERJA

Pegawai Kerja Sosial Perubatan (PKSP) merupakan kakitangan “Allied Health” Kementerian Kesihatan Malaysia yang tergolong dalam kumpulan Pengurusan dan Profesional. Perkhidmatan Kerja Sosial Perubatan meliputi semua jabatan Klinikal yang ada di hospital melalui rujukan daripada Pakar dan Pegawai Perubatan. Penyertaan PKSP meliputi aspek promotif, preventif, kuratif dan rehabilitatif.

 OBJEKTIF

Membantu menyelesaikan masalah dan pemulihan pesakit dalam aspek psiko-sosial agar mereka dapat kembali menjadi anggota masyarakat yang proaktif dan berdikari sesuai dengan batas keupayaan yang diakibatkan oleh penyakitnya.

 VISI

Jabatan Kerja Sosial Perubatan akan menjadi pusat rawatan psiko-sosial yang mampu memantapkan jiwa pesakit agar lebih berkeyakinan terhadap kewibawaan dan keupayaan diri supaya dapat kembali berfungsi dalam masyarakat.

 MISI

Untuk meningkatkan kesejahteraan hidup pesakit dan membantu mereka memenuhi keperluan sosial demi mewujudkan suasana yang kondusif.

 PIAGAM PELANGGAN

Piagam Pelanggan Jabatan Kerja Sosial Perubatan Hospital Kuala Krai ialah:

  • Setiap pelanggan akan mendapat perkhidmatan yang sewajarnya daripada jabatan ini tanpa mengira kaum, agama, umur, jantina dan taraf sosio-ekonomi.
  • Segala maklumat pelanggan yang diperolehi akan dirahsiakan dan hanya boleh diberitahu kepada pihak tertentu mengikut keperluan.
  • Setiap kes pesakit dalam yang dirujuk akan diambil tindakan awal dalam tempoh 24 jam hari bekerja.
  • Setiap kes yang dirujuk oleh agensi yang berkaitan akan diambil tindakan dalam masa 14 hari bekerja.

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

  1. Perkhidmatan Bantuan Sokongan Terapi (Support Therapy).

Penyediaan laporan sosial klien / keluarga untuk membantu diagnosis, rawatan dan intervensi sokongan sosial.

      1. Kaunseling individu
      2. Kaunseling keluarga
      3. Kaunseling kelompok / kumpulan
      4. Khidmat rundingan dan nasihat (keluarga / pesakit / agensi-agensi berkaitan)

2.  Perkhidmatan Bantuan Praktik.

    1. Menguruskan kemasukan ke institusi
    2. Bantuan peralatan perubatan / alat tiruan / prostesis bagi kes-kes yang tidak mampu
    3. Mengendalikan dan menguruskan sumber-sumber dana / kewangan
    4. Kes-kes malnutrition
    5. Keperluan tambang untuk rawatan lanjut / susulan / balik ke rumah

WAKTU OPERASI

AHAD            : 8.00 pagi – 5.00 petang

ISNIN             : 8.00 pagi – 5.00 petang

SELASA         : 8.00 pagi – 5.00 petang

RABU            : 8.00 pagi – 5.00 petang

KHAMIS        : 8.00 pagi – 3.30 petang

Skip to content