JABATAN OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI

MISI

Kami akan berusaha sedaya upaya memastikan pelanggan yang berurusan dengan kami akan mendapat rawatan dan penjagaan yang optima bagi mengekalkan status kesihatan dan menikmati kehidupan yang bermutu.

STRATEGI JABATAN

  1. Semua kakitangan perlu mempunyai pengetahuan mengenai perkhidmatan Obstetrik dan Ginekologi serta berperanan menyebarkan pengetahuan penjagaan kesihatan dan perubatan kepada pesakit, keluarga dan masyarakat.
  2. Semua kakitangan adalah bertanggungjawab untuk mengekalkan status Hospital Rakan Bayi.

OBJEKTIF

  1. Melaksanakan perkhidmatan penjagaan pesakit yang berkualiti dan memenuhi kehendak dan harapan pelanggan mengikut kemampuan.
  2. Memastikan pengendalian proses kelahiran yang selamat.
    • Memastikan kadar kematian sifar dalam kes PPH.
    • Memastikan kadar kematian sifar dalam kes Eklampsia.
  1. Mengekalkan Status hospital Rakan Bayi.
  2. Memastikan pesakit-pesakit yang menghadapi masalah organ reproduktif dipulihkan serta mencapai tahap kesihatan yang optima.
  3. Melaksanakan perkhidmatan berkualiti mengikut peraturan dan amalan ‘standard’  yang telah ditetapkan.

VISI

Menjadikan jabatan ini sebagai sebuah jabatan yang memberikan perkhidmatan perawatan serta latihan dalam bidang obstetrik dan ginekologi yang berkualiti.

Carta Organisasi Jabatan
Skip to content