JABATAN ORTOPEDIK

  • image-1

    PENGENALAN JABATAN

    Jabatan Ortopedik Hospital Kuala Krai, Kelantan terbahagi kepada 2 bahagian, iaitu Klinik Pakar Ortopedik dan Wad Ortopedik ( Wad 6C ). Jabatan ini mempunyai seramai 4 orang Pakar Ortopedik, 1 Pakar Perubatan Sukan dan Penjagaan Luka , 8 Pegawai Perubatan, 3 Penolong Pegawai Perubatan, Jururawat 21 dan Pembantu Perawatan Kesihatan 5 yang menjalankan berbagai aktiviti perawatan klinikal, termasuk perkhidmatan subkepakaran. Jabatan ini juga aktif dalam aktiviti kualiti seperti ISO, Akdreditasis, QAP, KIK dan sebagainya. Jabatan ini berwawasan untuk menjadi sebuah Pusat Rawatan Ortopedik yang setanding dengan mutu rawatan Ortopedik di peringkat antarabangsa berdasarkan kaedah yang terkini dan saintifik serta bercirikan etika dan nilai-nilai islam. Perkhidmatan ortopedik di hospital kuala krai dibahagikan kepada 4 sub-kepakaran iaitu, ‘arthroplasty’, ‘spine’, ‘arthroscopy & sport surgery’ dan ‘musculoskaletal oncology’.

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

1. Perawatan Pesakit Dalam

Perawatan pesakit dalam untuk Jabatan Ortopedik adalah perkhidmatan yang disediakan untuk merawat pesakit di Wad Ortopedik iaitu Wad 6C sebanyak 28 katil ( lelaki / perempuan ) .

 2. Pembedahan

Jadual 1:  Pembedahan Di Hkk

Bil

Hari

Unit

1

Isnin Untuk trauma kes

2

Rabu Untuk trauma kes

Pembedahan untuk kes-kes trauma atau kecemasan dilakukan pada setiap hari bergantung kepada kekosongan dewan bedah.

Jadual 2: Pembedahan Di Hospital Machang

Bil Hari

Jenis pembedahan

1

Selasa Local anesthesia

 Jadual 3: Pembedahan Di Hospital Gua Musang

Bil

Hari

Jenis pembedahan

1

Isnin Local / general

Jadual pembedahan di hospital machang iaitu hari selasa untuk kes “local” dan pembedahan di Hospital Gua Musang dilakukan pada hari isnin untuk kes “general anesthesia” dan “local anesthesia” .

Jadual 4: Pembedahan Di Hkk

HARI

DEWAN BEDAH

8 AM – 5 PM

DEWAN BEDAH

8 AM – 5PM

Ahad

Trauma

Isnin

Local

Selasa

Trauma

Rabu

Local

Khamis

Trauma

Jumaat

Trauma

Sabtu

Trauma

3. Perawatan Pesakit Luar

 1. Klinik Pakar Ortopedik HKK

 Klinik Ortopedik beroperasi 3 hari seminggu . Jumlah pesakit yang datang setiap hari ahad adalah seramai 80 hingga 120 orang kecuali hari Rabu dan Khamis hanya pesakit tertentu sahaja 30 – 50 orang pesakit. Klinik beroperasi dari 8pg – 5ptg kecuali khamis 8pg – 3.30pm. Perawatan sub-keparan ‘sport’ diperkembangkan lagi apabila seorang Pakar Perubatan Sukan ditempatkan di Jabatan Ortopedik. Perkhidmatan yang diberikan adalah rawatan kepada pesakit yang tidak memerlukan pembedahan dan rawatan pemulihan selepas pembedahan.

Jadual 5: Klinik Ortopedik Hkk

Hari

Unit

Ahad

Hari klinik/ot trauma/cme

Isnin

Ot local/ot hogum

Selasa

Ot trauma/visiting hogum @ hosmac

Rabu

Hari klinik/ot local

Khamis

Hari klinik/ot trauma/cme

Jadual 6: Lawatan Pakar Ke Hospital Daerah

Hospital Hari

Pakar bertugas

Machang Selasa ( minggu 2 & 4 ) Dr Zairuddin Bin Abdullah Zawawi

Dr Muhd Ruzaimi Bin Ab Razak

 

Hogum Selasa ( minggu 1 & 3 ) Dr Surianty Binti Shafie

Dr Jaya Thilak A/L Shanmugam

  • 01
    MISI

    • Setiap pesakit akan diberi layanan dengan saksama
    • Setiap pesakit akan diberi penerangan secukupnya mengenai masalah kesihatan mereka dan proses rawatan yang akan dijalankan.
    • Rawatan yang akan diberikan mengikut kaedah – kaedah terkini dan saintifik oleh petugas – petugas yang berpengetahuan dan terlatih dengan bantuan peralatan dan ubatan.
    • Perkhidmatan akan diberikan dengan jujur, mesra, cekap dalam persekitaran yang selesa dan selamat.
    • Menjadikan jabatan ini sebagai satu tempat latihan untuk segala perkhdmatan perubatan.

  • 02
    VISI

    Memberi rawatan yang efisyen dan berkualiti berdasarkan prasarana dan kaedah rawatan yang terkini dan saintifik. Kami berhasrat menjadi pusat rujukan yang unggul untuk kawasan pantai timur semenanjung Malaysia dan pada waktu yang sama menjadi pusat latihan yang akan melahirkan tenaga terlatih yang profesional dan prihatin dalam mengendalikan tugasan mereka.

  • 03
    OBJEKTIF KLINIK ORTHOPEDIK

     Memberikan perkhidmatan perawatan orthopedik dan traumatologi yang cekap, berkesan dan selesa kepada semua perimgkat pesakit.
     Menyediakan perkhidmatan kepakaran meliputi peringkat diagnostik perubatan, pemulihan dan penyembuhan pesakit dalam dan pesakit luar.
     Memberikan latihan yang khusus dalam bidang perawatan orthopedik dan traumatologi kepada semua peringakt kakitangan khususnya pegawai perubatan, jururawat, penolong pegawai perubatan dan kakitangan sokongan yang lain.

  • HALATUJU JABATAN ORTHOPEDIK

    Jabatan ortopedik hkk telah berusaha untuk bergerak  seiring dengan arus pemodenan perkidmatan ortopedik global. Bagi merialisasikan perkara ini banyak cabaran yang harus ditempuhi oleh Jabatan Ortopedik.

    1.        Cabaran

    1.1 Kakitangan

    Kakitangan terlatih masih tidak mencukupi bagi memenuhi pencapaian perawatan pesakit yang berkesan. Pegawai Perubatan, Penolong Pegawai Perubatan, Jururawat dan Pembantu Perawatan Kesihatan merupakan jawatan yang masih lagi tidak mencukupi.

    1.2 Peralatan

     Peralatan pembedahan yang digunakan kebanyakkan adalah peralatan yang lama dan kurang sesuai untuk digunakan sekarang. Bagi memenuhi tuntutan perkhidmatan perubatan sekarang, peralatan yang terkini diperlukan untuk melakukan sebarang prosidur terutamanya dalam kes pembedahan.

    2.        Halatuju

     2.1 Sub-Kepakaran ‘Foot & Ankle’ Dan ‘Orthopaedic Pediatric’

    Pada masa sekarang kedua – dua sub-kepakaran ini dikendalikan oleh pakar-pakar ortopedik yang tidak mempunyai latihan / bidang kepakaran yang sebenar. Dengan adanya 2 sub-kepakaran ini proses perawatan ortopedik bertambah mantap.

    2.2 Latihan Klinikal

    Pada masa sekarang hanya sub-kepakaran ‘sport surgery’ dan ‘musculoskeletal oncology’ yang menjalankan latihan klinikal kepada pakar-pakar. Bagi memperkasakan perkhidmatan Ortopedik di Negeri Kelantan seiring dengan negeri-negeri lain Jabatan Ortopedik HKK bercadang untuk mengembangkan lagi latihan klinikal sub-kepakaran ‘spine’ dan ‘arthroplasty’.

    Skip to content