JABATAN OTORINOLARINGOLOGI (ORL)
Pengenalan Jabatan
Jabatan otorinolaringologi (Telinga, Hidung dan Tekak) Hospital Kuala Krai mula ditubuhkan pada tahun 2013. Ia bermula dengan lawatan berkala daripada pakar-pakar ORL dari Hospital Raja Perempuan Zainab II.
Jabatan ini mula berfungsi sepenuhnya pada tahun 2014 apabila mendapat seorang pakar residen tetap. Perkhidmatan audiologi turut bermula pada tahun yang sama setelah seorang pegawai audiologi ditempatkan di Hospital Kuala Krai. Pada tahun 2017 pula, perkhidmatan bagi terapi pertuturan bermula dengan diselia oleh seorang pegawai terapi pertuturan.
Klinik ORL bermula di hospital Kuala Krai yang lama, hasil pengubahsuaian bangunan kecil – terdiri daripada dua bilik pemeriksaan, ruang menunggu dan pendaftaran, sebuah bilik untuk terapi pertuturan dan sebuah bilik bagi ujian audiologi.