Perkhidmatan kepakaran pergigian pediatrik di daerah Kuala Krai telah bermula seawal tahun 2013.
Perkhidmatan ini boleh didapati di Klinik Pergigian Kuala Krai.
Jabatan Pergigian Pediatrik menyediakan satu perkhidmatan komprehensif yang merangkumi perkhidmatan diagnostik, terapeutik, pemulihan, promotif serta pencegahan untuk kes-kes pergigian. Pesakit yang dirawat adalah dalam lingkungan umur 0 hingga 16 tahun pada masa rujukan.
Bermula September 2018, Jabatan Pergigian Pediatrik telah berpindah dari Klinik Pergigian Klinik Kesihatan Bandar (KKB) Kuala Krai ke Hospital Sultan simail Petra di Pahi.
* Rawatan hanya akan disediakan kepada pesakit yang mempunyai
surat rujukan daripada klinik atau hospital sahaja.
Klinik Pakar Pergigian Pediatrik
Klinik Pakar 4,
Aras 2, Hospital Sultan Ismail Petra,
Talian utama: 09-9611666 ext 2109