JABATAN PERUBATAN

PENGENALAN

Hospital Kuala Krai ditubuhkan pada tahun 1917 dan merupakan Hospital tertua di negeri Kelantan dan mendapat taraf Hospital Berpakar pada tahun 1997. Hospital ini mempunyai 172 jumlah katil, manakala 52 buah katil diperuntukkan untuk wad perubatan termasuklah 2 katil Rawatan Rapi Jantung pada awal perkhidmatan.

Bermula pada September 2018 Hospital Kuala Krai baru mula beroperasi sepenuhnya  dan perkembangan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Jabatan perubatan juga berkembang seiring dengan perkembangan peralatan yang disediakan. Walaupun nama Hospital ini telah berubah kepada Hospital Sultan Ismail Petra, fungsi Jabatan Perubatan masih tetap sama.

Selain daripada perkhidmatan umum rawatan bagi penyakit dalaman, Jabatan Perubatan juga menawarkan perkhidmatan dari aspek pengurusan pesakit Cardiologi seperti wad CCU dan juga Makmal Cardiologi Non Onvasive seperti EST, HOLTER dan juga ECHOcardiography.

Terdapat juga perkhidmatan makmal respiratori yang dilengkapi dengan Spirometri, Full lung function test machine dan juga Bronchoscopy diagnostic dan therapeutic  berserta Pleuroscopy set.

Terdapat juga perkhidmatan lawatan subkepakaran dari Hospital Raja Perempuan Zainab II seperti Cardiology, Nephrology, Rheumatology, Gastroenterology dan Respiratory.

Bilangan kakitangan Jabatan perubatan telah bertambah dari masa kesemasa sejajar dengan perkembangan kelengkapan perubatan. Bilangan Pegawai Pakar terkini adalah seramai 5 orang dan Pegawai Perubatan seramai 14 orang

VISI

Menjadikan unit yang berkualiti, berkesan dan mewujudkan suasana harmoni untuk kakitangan dan pesakit

MISI

Memberikan perkhidmatan yang cekap, adil dan terkini melalui kakitangan yang terlatih dan berdedikasi supaya dapat memenuhi kehendak pelanggan

MATLAMAT

  1. memberi rawatan yang terbaik kepada pesakit melalui pendekatan holistic
  2. memastikan setiap kakitangan mendapat ilmu terkini melalui Pendidikan berterusan dan pembangunan kakitangan
  3. menjadikan evidence-based medicine sebagai asas saintifik dalam memberikan rawatan kepada pesakit
Skip to content