KLINIK PAKAR PSIKIATRI
PENGENALAN
Sejarah Penubuhan
Perkhidmatan Klinik Pakar Psikiatri Hospital Kuala Krai bermula pada Ogos 2006. Setahun selepas itu, pakar yang bertugas telah melanjutkan pengajian ke UK.
Pada Januari 2010, ia ditubuhkan semula sebagai Unit Psikiatri & Kesihatan Mental manakala Klinik Pakar dan Perkhidmatan Komuniti Psikiatri mula beroperasi pada Februari 2010.
Pada awal penubuhannya, unit ini dijalankan oleh seorang pakar sahaja. Setelah itu, ia mula menerima beberapa kakitangan sokongan antaranya seorang pegawai perubatan, seorang penolong pegawai perubatan, seorang jururawat dan seorang pembantu perawatan kesihatan yang dipinjamkan.
Kini, Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental Hospital Sultan Ismail Petra terdiri daripada seorang pakar Gred UD 56, 4 orang pegawai perubatan, 2 orang penolong pegawai perubatan, seorang jururawat, seorang jururawat masyarakat dan 2 orang pembantu perawatan kesihatan bagi menampung beban tugas yang semakin berkembang.
Bidang Perkhidmatan yang disediakan:
- Klinik Pakar Psikiatri
- Lawatan Klinik Pakar ke Hospital Machang, Hospital Gua Musang, Klinik Kesihatan Chiku 3, Pusat Pemulihan Akhlak (PPA) Machang
- Khidmat Komuniti iaitu Assertive Home Care dan Acute Home Care.
- Liaison Psychiatry
- Pesakit Psikiatri Dalaman
- Unit Day Care / Rehabilitasi Pesakit Psikiatri
OBJEKTIF JABATAN
- Berusaha membekalkan khidmat rawatan dan pemulihan psikiatri yang menyeluruh kepada masyarakat di kawasan selatan Kelantan.
- Menyediakan perawatan psikiatri yang berterusan dalam komuniti untuk mengurangkan kadar kemasukan wad yang berulang dan kadar rujukan kes ke Hospital Raja Perempuan Zainab II
- Memberi ruang kepada pesakit psikiatri menjalani kehidupan dalam komuniti.
- Menggalakkan kerjasama dan penglibatan keluarga dan masyarakat dalam usaha perawatan dan pemulihan psikososial pesakit.
VISI JABATAN
Memberikan perawatan psikiatri yang berterusan dan menjadi pusat rawatan dan pemulihan pesakit psikiatri di kawasan selatan Kelantan.
MISI JABATAN
Memberi perkhidmatan, rawatan dan pemulihan psikiatri yang cekap dan terbaik di kawasan selatan Kelantan demi membantu pesakit menjalani kehidupan yang berkualiti.
LAIN-LAIN MAKLUMAT
- Badan Kebajikan Psikiatri dan Komuniti
Ditubuhkan pada 2012 hingga sekarang dan berdaftar sepenuhnya dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) yang bertujuan menyediakan tabung dana untuk kebajikan, menyalurkan derma dan aktiviti-aktiviti pesakit psikiatri yang dijalankan oleh Unit Day Care dan Komuniti Psikiatri. - Jabatan kami juga berkerjasama erat dengan Jabatan Kebajikan Sosial Perubatan (JKSP), Jabatan Fisioterapi (Occupational Therapy) Hospital Kuala Krai dan Unit Psikologi Kaunseling dalam mengurus hal ehwal pesakit.
KEJAYAAN /PENCAPAIAN/ ANUGERAH
- Sambutan Hari Kesihatan Mental (World Mental Health Day) Peringkat Hospital Kuala Krai bagi tahun
-
- 2017 bertemakan “Mental Health In The Workplace”
- 2018 bertemakan “Young People And Mental Health In A Changing World”
- Kursus Tahunan Jabatan antaranya:
-
- Kursus Basic Psychiatry Peringkat Daerah Kuala Krai
- Kursus Clinical Practice Guidelines (CPG) Psychiatry Peringkat Daerah Kuala Krai
- Kursus Psychological First Aid (PFA) Peringkat Hospital Kuala Krai
- Kursus Training of Trainers Management Of Aggressive Behavior in Psychiatry Patient Peringkat Hospital Kuala Krai
- Akreditasi Pengurusan Electroconvulsive Therapy (ECT)
Selain itu, Jabatan kami juga aktif dalam menyertai pertandingan-pertandingan yang dijalankan oleh pihak hospital, antaranya ialah:
- Pertandingan Asyura Peringkat Hospital Kuala krai 2015 (Citarasa Terbaik tempat ke 3)
- Pertandingan Pakaian Terbaik Bertemakan Kemerdekaan 2016 (Tempat ke 3)
- Pertandingan Kreativiti Bunga Rampai (Kategori Hospital Kuala Krai) Sempena Sambutan Maulidur Rasul 2017/1439H Peringkat Daerah /Hospitral Kuala Krai (Tempat ke 5)
- Pertandingan Gubahan Bunga Rampai Kategori Unit Kecil (Naib Johan)
- Pertandingan Gerai Raya Hari Raya Aidilfitri 2017 Peringkat Hospital Kuala Krai (Naib Johan)
- Pertandingan Kad Raya Kreatif Kategori Jabatan Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri Hospital Kuala Krai 2018 (Tempat ke 5)