VISI
Menggunakan segala sumber di bawah kawalan bagi memastikan perkhidmatan yang efisien dan profesional di samping menggunakan teknologi terkini serta aplikasi yang tepat dalam pendiagnosan tanpa mengabaikan tahap dos radiasi yang minima.
MISI
Kami komited untuk:
WAKTU PERKHIDMATAN
Secara umum, perkhidmatan radiologi adalah pada waktu pejabat kecuali bagi kes-kes kecemasan.
Waktu pejabat :
8.00 pagi – 5.00 petang (Ahad – Rabu)
8.00 pagi – 3.30 petang (Khamis)
Selepas waktu pejabat /Jumaat & Sabtu/Kelepasan Am :
Kes-kes kecemasan dan pesakit dalam.
Pemeriksaan Radiografi Am yang dilakukan di Jabatan Radiologi adalah seperti pemeriksaan dada, abdomen, ekstrimiti, rangka kepala, spina vertebra, pelvis dan lain-lain. Perkhidmatan Pemeriksaan Radiografi Am juga termasuk:
i. Radiografi mudah alih
Radiografi mudah alih dilakukan di wad atau Jabatan Kecemasan terhadap pesakit yang tidak dapat dihantar ke Jabatan Radiologi disebabkan keadaan pesakit kritikal dan memerlukan pemerhatian rapi atau kerana bantuan alatan sokongan hayat dipasang padanya.
ii. Radiografi bedah siasat
Radiografi bedah siasat dilakukan di Jabatan Forensik dengan menggunakan mesin radiografi mudah alih apabila diperlukan.
Prosedur khas di dewan bedah yang memerlukan perkhidmatan mesin pengamat pengimejan (image intensifier) untuk membantu prosedur & pembedahan yang dijalankan.
Pemeriksaan mammogram merupakan satu pemeriksaan x-ray khas yang digunakan untuk menyaring dan mendiagnosa kanser payudara dan menyokong pemeriksaan fizikal.
Pemeriksaan IVU merupakan satu pemeriksaan x-ray khas yang melibatkan suntikan media kontras melalui salur darah intravena. Ia bertujuan untuk melihat sistem dan saluran ginjal termasuk pundi kencing
Pemeriksaan imbasan CT merupakan satu pemeriksaan x-ray khas yang melibatkan penggunaan mesin x-ray berkomputer untuk melihat organ dalaman badan. Pesakit mungkin diarahkan untuk meminum media kontras dan suntikan media kontras melalui salur darah intravena mungkin diberikan apabila perlu.
Pemeriksaan ultrasound merupakan satu pemeriksaan yang menggunakan teknik gelombang bunyi untuk melihat organ dalaman badan. Ia tidak melibatkan sinaran radiasi x-ray.
Pemeriksaan fluoroskopi adalah pemeriksaan mengunakan x-ray untuk menghasilkan gambar bersekuel menyerupai video. Cara ini digunakan untuk memeriksa keadaan organ tubuh tertentu secara langsung (real time).
Orthopantomogram merupakan salah satu cara untuk memperlihatkan keseluruhan gigi dan rahang dalam satu pandangan (panoramic) dengan menggunakan sumber X-ray. OPG digunakan oleh doktor untuk mengetahui masalah berkaitan gigi dan menentukan cara rawatan gigi.
**Jabatan ini juga menguruskan temujanji pemeriksaan MRI yang dijalankan di HRPZ II dan HUSM**
**Arahan persediaan sebelum pemeriksaan yang diberikan oleh staf jabatan perlu dipatuhi untuk memastikan pemeriksaan berjalan dengan lancar dan sempurna.**
Direktori:
Tingkat 1, Hospital Sultan Ismail Petra
No. Telefon: 09-961 1666 samb. 1413 (Kaunter utama), 1418 (Kaunter temujanji)