JABATAN REKOD PERUBATAN
LATARBELAKANG
Jabatan Rekod Perubatan ditubuhkan secara rasmi pada Februari 14, 1986 dimana jabatan ini ditadbir secara khusus oleh kakitangan jabatan ini sendiri. Pada mulanya lokasi Jabatan Rekod berhampiran dengan Bilik Pendaftaran Masuk Wad. Oleh kerana ruangan yang begitu kritikal, awal tahun 1992 Jabatan Rekod telah berpindah ke Bangunan Dapur setelah Unit Dapur mendapat bangunan yang baru. Lokasi sekarang ini adalah berhampiran dengan Dewan Bedah, Jabatan Farmasi dan jabatan Patologi.
STRATEGI
- Mengumpul data-data daripada rawatan pesakit dalam (wad), rawatan pesakit luar (Jabatan Kecemasan), Klinik-Klinik Pakar dan daripada jabatan-jabatan sokongan dan menghasilkan perangkaan bulanan/tahunan untuk kegunaan perancangan dan penyelidikan oleh pihak pengurusan dan Kementerian Kesihatan Malysia khususnya.
- Memproses penyediaan laporan perubatan.bedah siasat yang dipohon oleh individu, pihak kerajaan dan swasta.
- Notifikasi penyakit berjangkit dan tidak berjangkit.
- Urus setia Jemaah Lembaga Perubatan untuk pesakit berinsuran dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) serta untuk pengeluaran wang bagi pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi tujuan tertentu.
- Memberi perkhidmatan yang terbaik kepada semua pelanggan.
OBJEKTIF JABATAN REKOD PERUBATAN
Sebuah jabatan sokongan yang berfungsi secara tidak langsung kepada perawatan perubatan pesakit. Memberi perkhidmatan yang cepat dan tepat di samping menjamin keselamatan dan kerahsiaan maklumat pesakit.
Objektif Khusus:
- Penyediaan statistik perawatan pesakit dengan mengumpul data-data daripada rawatan pesakit dalam, rawatan pesakit luar dan daripada jabatan/unit sokongan bagi tujuan perancangan, penyelidikan dan sebagainya oleh pihak pengurusan dan kementerian amnya.
- Pemprosesan dan penyediaan laporan perubatan/bedah siasat yang dipohon oleh pesakit sendiri, waris, peguam, polis, pihak insuran, majikan dan sebagainya.
- Urusetia Jemaah Perubatan bagi kes-kes berinsuran dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
- Notifikasi kes-kes penyakit berjangkit (CDCIS) dan tidak berjangkit (non-CDC).