UNIT DIETETIK DAN SAJIAN

LATARBELAKANG

Perkhidmatan Unit Dietetik dan Sajian telah bermula seawal penubuhan Hospital Kuala Krai. Unit Dietetik dan Sajian menyediakan dua jenis perkhidmatan yang utama iaitu perkhidmatan dietetik dan perkhidmatan makanan. Perkhidmatan dietetik merangkumi pesakit luar dan pesakit dalam manakala bagi operasi perkhidmatan makanan pula adalah secara inhouse dan makanan dihidangkan secara berpusat kepada pesakit.

Aktiviti utama unit ialah;

  • Menyediakan diet kepada pesakit dalam wad, pegawai perubatan bertugas atas panggilan, petugas dewan bedah dan MAC
  • Membekalkan catuan kering, produk enteral dan formula bayi kepada pesakit dalam wad
  • Memberikan khidmat Medical Nutrition Therapy dan runding cara pemakanan kepada pesakit dalam dan pesakit luar

Unit ini terletak di bangunan yang berasingan dengan blok utama dan bersebelahan dengan stor perubatan. 

VISI

Menjadi peneraju kecemerlangan dalam perkhidmatan dietetik dan pengurusan perkhidmatan makanan yang bertaraf antarabangsa.

MISI

Misi Jabatan Dietetik dan Sajian adalah untuk menerajui dan berusaha bersama-sama:

  1. Perkhidmatan Dietetik:   Memberi perkhidmatan dietetik klinikal, dietetik komuniti dan kesihatan awam, penyelidikan dietetik dan katering dietetik kepada pelanggan dengan mengutamakan inovasi, teknologi dan amalan terkini ke arah peningkatan kualiti berterusan.
  2. Perkhidmatan Makanan: Menyediakan perkhidmatan makanan yang sihat, berkualiti dan dijamin selamat menepati keperluan pelanggan dengan mengutamakan inovasi, perkembangan teknologi terkini dan melaksanakan penyelidikan serta mempromosi perkhidmatan makanan kepada komuniti.

OBJEKTIF

Objektif Umum

Perkhidmatan Dietetik:
Untuk memastikan perkhidmatan dietetik yang cemerlang melalui penyampaian perkhidmatan secara profesional dan berkualiti berorientasikan pelanggan.

Perkhidmatan Makanan:
Untuk memastikan pengurusan perkhidmatan makanan dilaksanakan secara profesional, selamat, berkualiti dan efektif.

Objektif Khusus

Perkhidmatan Dietetik:

  • Memberi perkhidmatan klinikal, komuniti, kesihatan awam dan katering dietetik yang berkualiti.
  • Memberi perkhidmatan kepakaran dietetik klinikal secara professional, sistematik dan penglibatan dalam rawatan multi disiplin.
  • Melaksana penyelidikan berkaitan.
  • Menjalin kerjasama erat dengan agensi yang berkaitan.

Perkhidmatan Makanan:

  • Memberi perkhidmatan makanan secara profesional dan efisien berorientasikan keperluan dan kehendak pelanggan.
  • Menyedia makanan yang sihat dan berkualiti mengikut prinsip Sistem Jaminan Keselamatan Makanan.
  • Melaksana penyelidikan berkaitan.
  • Mengoptima pengunaan peruntukan belanja mengurus tanpa mengabaikan keperluan pemakanan pelanggan.

PIAGAM PELANGGAN

Perkhidmatan Dietetik:
Peratusan pesakit dalam mendapat perkhidmatan dietetik dalam tempoh masa 24 jam hari bekerja.

Perkhidmatan Makanan:
Makanan dihidang kepada pesakit mengikut tempoh waktu yang ditetapkan.

Carta Organisasi Unit Dietetik Dan Sajian

Berikut adalah struktur unit Dietetik dan Sajian

Pegawai Dietetik U 44 2 orang
Pegawai Dietetik U 41 1 orang
Penolong Pegawai Penyediaan Makanan C 32 1 orang
Penolong Pegawai Penyediaan Makanan C 29 2 orang
Pembantu Penyediaan Makanan N19 10 orang

OPERASI UNIT

Unit ini beroperasi dari jam 6.30 pagi sehingga 8.30 malam setiap hari termasuk cuti mingguan/ umum. Waktu bekerja bagi kakitangan adalah mengikut waktu pejabat (Waktu Bekerja Berperingkat/ Waktu Bekerja Fleksi) dan juga secara giliran (syif).

Pegawai Dietetik, Penolong Pegawai Penyediaan Makanan dan 1 orang Pembantu Penyediaan Makanan akan bertugas mengikut waktu pejabat manakala bagi Pembantu Penyediaan Makanan yang lain akan bergilir-gilir bertugas mengikut jadual tugasan yang telah ditetapkan iaitu;

Syif 1   :           6.30 pagi hingga 1.30 tengahari

Syif 2   :           9 pagi hingga 4 petang

Syif 3  :            11.30 pagi hingga 6.30 petang

Syif 4  :            1.30 tengahari hingga 8.30 malam

KOMUNIKASI (No Telefon – sambungan)

Ketua Unit Dietetik dan Sajian 2245/ 2246
Pegawai Dietetik 2243
Penolong Pegawai Penyediaan Makanan 1243/ 2247
Bilik Operasi Sajian 1242

JADUAL PENGAMBILAN DIET DAN PENGHANTARAN TROLI DIET

JENIS HIDANGAN WAKTU PENGAMBILAN DIET WAKTU PENGHANTARAN TROLI DIET
SARAPAN PAGI 7.15 pagi – 7.45 pagi 8.30 pagi – 9.00 pagi
MAKAN TENGAHARI 11.30 pagi – 12.00 tengahari 1.00 tengahari – 1.30 tengahari
MINUM PETANG 3.00 petang – 3.30 petang 4.00 petang – 4.30 petang
MAKAN MALAM 5.30 petang – 6.00 petang 7.00 petang – 7.30 petang
Skip to content