Lawatan Kerja Ketua Pengarah Kesihatan Ke Tumpat
Ketua Pengarah Kesihatan (KPK) telah mengadakan lawatan kerja ke fasiliti kesihatan di bawah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan pada 15 hingga 16 Februari 2026.
Lawatan kerja ke Tumpat telah berlangsung pada 15 Februari 2026 (Ahad) jam 3.30 petang bertempat di Dewan Afshona, Klinik Kesihatan Pengkalan Kubor. Dalam sesi lawatan tersebut, KPK turut mengadakan sesi pertemuan bersama warga kerja serta meninjau kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan.
Selain itu, KPK juga telah melawat Unit Kecemasan di Hospital Tumpat bagi melihat sendiri operasi serta kesiapsiagaan perkhidmatan kecemasan dalam memastikan penyampaian perkhidmatan kesihatan yang berkualiti kepada masyarakat setempat.








