PERKHIDMATAN KESIHATAN

Tadbir Urus Klinikal berfungsi memastikan perkhidmatan klinikal di hospital disampaikan secara selamat, berkualiti dan berkesan melalui pematuhan kepada piawaian dan garis panduan yang ditetapkan. Ia juga menyokong pemantauan prestasi, pengurusan risiko serta penambahbaikan berterusan bagi meningkatkan keselamatan pesakit dan kualiti rawatan.

PENGURUSAN RISIKO DAN SURVELAN KLINIKAL

Unit Pengurusan Risiko & Survelan Klinikal merupakan unit yang ditubuhkan bagi memantau pencapaian kualiti perkhidmatan klinikal dan juga bukan klinikal seterusnya membantu melaksanakan tindakan penambahbaikan ke arah menyampaikan perkhidmatan yang lebih berkualiti.

Selain itu, Unit Pengurusan Risiko & Survelan Klinikal juga membantu mengelola semua aktiviti penambahbaikan kualiti yang melibatkan seluruh hospital dan menjadi urusetia kepada pelbagai jawatankuasa yang memfokuskan kepada penambahbaikan, keselamatan pesakit serta pensijilan hospital.

PENGURUSAN RISIKO DAN SURVELAN KLINIKAL

KEJURURAWATAN

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.

PENYELIA HOSPITAL

Unit Penyeliaan Hospital Tumpat berperanan dalam pengurusan sumber dan penyeliaan klinikal untuk memastikan mutu perkhidmatan yang cemerlang, cekap dan selamat diberi kepada pesakit-pesakit oleh anggota di bawah jagaan iaitu Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan.

PENYELIA HOSPITAL

KESELAMATAN KESIHATAN PEKERJAAN

Adalah menjadi polisi Hospital Tumpat, untuk memastikan semua pekerjanya dan orang-orang lain yang mungkin terlibat dalam aktiviti – aktivitinya berada di persekitaran kerja yang sihat dan selamat

Pihak pengurusan dan pekerja akan bersama-sama berusaha untuk mencapai matlamat polisi dasar ini melalui rundingan dan kerjasama yang berterusan.