UKKP

Jawatankuasa Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan (JPKK) ditubuhkan sebagai satu platform penting bagi memastikan aspek persekitaran yang lestari, keselamatan yang terjamin dan kesihatan yang optimum dapat dipelihara di organisasi. Penubuhan jawatankuasa ini adalah selaras dengan keperluan undang-undang, polisi organisasi serta piawaian keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang ditetapkan. Terdapat sembilan jawatankuasa kecil yang terlibat di dalam penyelarasan persekitaran, keselamatan dan kesihatan hospital ini yang menjadi komponen asas jawatankuasa ini. JPKK juga ditubuhkan bagi mematuhi dasar, perundangan dan surat edaran sedia ada seperti berikut:

1. Dasar Keselamatan dan Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia 2023

 

2. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994

 

3. Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan pekerjaan 1996

 

4. Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341)

 

5. Garis Panduan Kawalan dan Pencegahan Kebakaran di Jabatan-jabatan

Kerajaan Keluaran Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat (Undang-Undang Kecil

Bangunan Seragam 1984)

 

6. Surat Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Bil 14 Tahun 2002, Garispanduan

Sistem Kawalan Kesealamatan di Hospital Hospital Kementerian Kesihatan

Malaysia

 

7. Pelan Tindakan Bencana Untuk Hospital-Hospital Di Bawah KKM, 2001

 

8. Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984

 

9. Peraturan-peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan dan

Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan) 2000

 

10.Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975

carta-organisasi-jawatankuasa-persekitaran-keselamatan-dan-kesihatan-htp_001