Visi Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan
Negara menggembleng tenaga ke arah kesihatan yang lebih baik.
Misi Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan
Misi Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan adalah untuk menerajui dan berusaha bersama-sama:
Untuk memudahkan dan membolehkan rakyat:
- mencapai sepenuhnya potensi mereka dalam kesihatan
- menghargai kesihatan sebagai aset yang paling berharga
- mengambil tanggungjawab dan tindakan positif demi kesihatan mereka
untuk memastikan sistem kesihatan berkualiti tinggi iaitu:
- mengutamakan pelanggan
- saksama
- tidak membebankan
- cekap
- wajar mengikut teknologi
- boleh disesuaikan mengikut persekitaran
- inovatif
dengan menekankan:
- sifat penyayang, profesionalisme dan kerja berpasukan
- sifat menghormati maruah insan
- penglibatan masyarakat
Objektif
Objektif Perkhidmatan Pergigian ialah untuk meningkatkan status kesihatan pergigian penduduk Negeri Kelantan kepada tahap yang optima melalui perkhidmatan pergigian penggalakan, pencegahan, rawatan dan pemulihan dengan penekanan kepada kumpulan sasar yang dikenalpasti. Fungsi utama bahagian ini meliputi:
Perancangan dan pelaksanaan perkhidmatan pergigian
Pengurusan dan pengagihan sumber yang bersesuaian
Pembangunan sumber manusia sediada
Pemantauan dan penilaian keberkesanan perkhidmatan pergigian
Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Kelantan bertanggungjawab untuk memberi pekhidmatan kesihatan pergigian yang holistik kepada masyarakat Negeri Kelantan dengan kerjasama dari agensi-agensi kesihatan, agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang lain.